SHAH ALAM 26 OGOS: Golongan belia mesti menolak amalan rasuah kerana ia membawa kesan buruk dan boleh menyebabkan negara kucar-kacir, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Ia boleh menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ia menimbulkan masalah lain meliputi kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.
Rasuah boleh menghancurkan pentabiran dan kepemimpinan sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia mahupun di Asia Barat, Eropah, Afrika dan Latin Amerika,” kata Menteri Besar itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Selangor 2013 bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, malam tadi.
mb hari belia 04Majlis itu diserikan dengan pelbagai program termasuk Bicara Santai menampilkan arits terkenal, Afdlin Shauki dan Man Raja Lawak serta Ustaz Zulkifli Ahmad dan Dr Ismail Tambi.
Program itu disekali dengan sambuttan Aidilfitri dan Ambang Merdeka Selangor yang dihadiri Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Elizabeth Wong, selain Adun Rawang, Gan Pei Nei serta lebih 2,000 hadirin.
mb hari belia 03Abdul Khalid berkata, golongan muda yang mewakili 45 peratus dari lima juta rakyat Selangor perlu melatih diri untuk berfikir dan berpandangan bijaksana terhadap isu membabitkan kepentingan awam.
Beliau berkata, ia perlu kerana masyarakat negara ini majmuk dan banyak isu memerlukan tindakan bijaksana dalam hal menanganinya.
- FZL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan