18 Ogos : DAP kini berdepan dengan cabaran paling hebat mereka apabila mendakwa Barisan Nasional (BN) melancarkan DDD (Demonise / Destroy DAP) bagi memusnahkan parti mereka, kata Lim Kit Siang (gambar).
Menurut Penasihat DAP itu, partinya berada dalam kesukaran bergelut menentukan hidup mati DAP apabila fasa ketiga kempen DDD ini telah dilancarkan
"Sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad DDD telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP.
"Banyak isu yang ditimbulkan seperti menuduh DAP menaja 'Tentera Kacang Merah' selain menyebarkan pembohongan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) termasuk menerbitkan risalah dari penulis rekaan bernama Father Augustus Chen," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, media Umno seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times juga menjadi alat kepada propaganda dan cybertrooper Umno bagi menguburkan DAP.
Menurut Lim, partinya dapat mengenal pasti serangan fasa ketiga melalui beberapa situasi seperti kerapnya penyebaran pembohongan yang direka secara berterusan akhbar arus perdana.
Malah beliau juga mengenal pasti bagaimana menularnya isu DAP bermula hanya dari akhbar Melayu dan Inggeris dan kini merebak ke media Cina dan Tamil.
Paling ketara apabila, Perdana Menteri sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memberi restu terbuka dalam kempen DDD ini.
"Dari kenyataan Datuk Seri Najib Razak mendakwa DAP bukan lagi sebuah 'parti politik yang berwibawa' dan beliau telah menuturkan pembohongan kegagalan DAP memberi notis kepada 753 perwakilan menghadiri Kongres dan pemilihan CEC DAP bulan Disember lalu"
"Selain dusta berkenaan 547 perwakilan hantu boleh disamakan dengan sebahagian besar dari Pulau Pinang sedangkan kedua-dua dakwaan itu tidak mempunyai asas sama sekali, katanya lagi.TMI
Oleh: Diyana Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan