SPECIAL ADS

17 Ogos 2013

Najib hilang fokus dalam 100 hari

18 Gos 2013 : Kajian 100 hari terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mendapati perdana menteri hilang fokus dalam memimpin negara, tiada idea baru, sekali gus meletakkan negara dalam keadaan "pandu auto".

Ahli Parlimen Bayan Baru YB Sim Tze Tzin berkata, sebaliknya pihak "konservatif Umno" telah merampas isu-isu semasa dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan.

"Kelemahan kepimpinan Perdana Menteri telah menjadikan keadaan negara tidak terkawal. Keadaan ini amat membimbangkan," kata Tze, merumuskan kajian yang dibuat pejabatnya.

Semalam genap 100 hari pentadbiran Najib pasca-PRU13.

Dalam kenyataannya semalam Tze juga berkata, berbanding 11 inisiatif baru yang diumumkan dalam 100 pertamanya pada 2009, keadaan berbeza pada tahun ini apabila tidak banyak dasar baru atau perubahan dasar yang bermakna diumumkan.

Berdasarkan pemantauan pesanan tweet, Najib menulis 308 pesanan tetapi hanya empat tweet (1 peratus) sahaja berkaitan dasar baru; selainnya berkaitan pentadbiran seharian (49 peratus), ucapan tahniah dan takziah (27 peratus), hadir program (5 peratus) dan lain-lain (18 peratus).

Kajian terhadap kenyataannya di media, termasuk media sosial mendapati, perdana menteri hanya menjawab dua daripada 10 cabaran utama dalam tempoh 100 hari pentadbiranya, berkaitan kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Sepuluh cabaran utama itu dikategorikan kepada tiga, iaitu politik dan dasar, ekonomi dan sosio-jenayah.

Tiada ulasan: