SPECIAL ADS

8 Ogos 2013

Najib : Umno perlu berubah

Kuala Lumpur 08 Ogos : Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa isu pembaharuan dalam Umno merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapinya.

Najib mengulas komen Abdullah dalam sebuah buku baru bertajuk''Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", termasuk isu Umno enggan untuk melakukan perubahan.

Najib berkata perubahan minda rakyat adalah "tugas yang amat besar" yang boleh mengambil masa beberapa generasi.

Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan itu kerana Umno perlu berubah dan ia bermula dengan proses meminda perlembagaan parti.

Bagaimanapun, tegas beliau, mengubah fikiran rakyat adalah satu lagi tugas yang besar sekali, yang mungkin mengambil lebih daripada masanya sebagai presiden Umno.

"Ia mungkin memerlukan beberapa generasi untuk berubah," kata Najib dalam sidang akhbar di majlis hari terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Putrajaya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata untuk Umno menjadi relevan, ia perlu bergerak dengan masa supaya ia mencerminkan perubahan nilai-nilai dalam masyarakat.
    
"Saya percaya Umno telah mendapat mesej itu tetapi seperti mana-mana parti politik, ia mengambil masa untuk berubah," katanya pada sidang media di rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Beliau berkata: "Saya simpan komen saya dulu sehingga saya baca buku itu. Saya tidak boleh mengulas berdasarkan komen orang lain. Saya perlu membaca buku itu, (dan komen) berdasarkan tafsiran saya mengenai buku itu."
    
Najib juga berkata bahawa ia adalah mudah untuk mengkritik sebuah parti yang memegang kuasa seperti Umno.
    
"Ia adalah mudah untuk berjanji tetapi janji harapan tidak mudah apabila anda perlu menunaikannya. Anda mesti ingat bahawa banyak pihak di dunia menabur janji harapan dan telah gagal mengotakannya," katanya.
    
Apabila ditanya mengenai kenyataan Abdullah bahawa cabaran yang paling besar untuk beliau (Najib) adalah bantahan terhadap transformasi negara, Najib berkata program transformasinya adalah kesinambungan daripada apa yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai 

Wawasan 2020 di mana ianya disokong oleh penggantinya, Abdullah.
    
"Kini, ia adalah masa saya. Saya perlu mengotakannya. Jadi, itu adalah pandangan saya. Ini adalah kesinambungan (kerja) tiga perdana menteri untuk mencapai wawasan hebat untuk Malaysia," katanya.

"Saya kini bertanggungjawab untuk memenuhi wawasan ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Beginilah saya melihatnya," katanya sambil menjelaskan bahawa ia adalah komitmen untuk semua rakyat Malaysia yang teruja dengan Wawasan 2020.
    
Najib juga turut meminta semua rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain bagi memelihara keharmonian.
    
"Prinsip asas adalah bahawa jika kita mahu menjadi harmoni, umat Islam tidak harus menyinggung perasaan orang bukan Islam dan bukan Islam tidak boleh menyinggung perasaan umat Islam.
    
"Jika ada cara lain untuk melakukannya, ia adalah lebih baik tidak menyakiti perasaan orang. Jika berdasarkan siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak akan bersetuju sama sekali.
    
"Jika anda mengambil pendirian berdasarkan bahawa tidak harus menyakiti perasaaan, maka kita akan menjadi negara yang aman buat selama-selamanya. Ini adalah impian saya untuk Malaysia," katanya.

Tiada ulasan: