SPECIAL ADS

16 Ogos 2013

Dato' Halimah cabar Ketua Wanita Umno?

Kuala Lumpur 17 Ogos : Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique meneruskan tanda-tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."
    
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di Kota Tinggi semalam.
    
Ahli Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.
    
"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.
    
Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini.
    
Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 September.   
    
Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
    
Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan ahli Umno. 
    

Tiada ulasan: