Kuala Lumpur 19 Ogos : Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) membenarkan polis menahan suspek untuk tempoh 72 hari untuk membantu siasatan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Polis bagaimanapun masih perlu memohon arahan penahanan daripada mahkamah, katanya di Pulau Pinang hari ini.
"Apa saja kesalahan bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap serius, dan pihak terlibat harus dikenakan hukuman berat," katanya.
Khalid berkata, polis menahan 200 suspek di seluruh negara bawah akta itu, atas langkah tegas terbaru bagi membendung jenayah.
Ditanya sama ada suspek ditahan bekas tahanan Ordinan Darurat, beliau berkata, pihak berkuasa masih belum mempunyai maklumat itu.
"Kami akan beritahu kemudian," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan