Tinta Ekspresi

SPECIAL ADS

8 Ogos 2013

'Umat Islam perlu bersyukur rai Syawal tenang, harmoni'

Ipoh 08 Ogos : Umat Islam di negara ini perlu bersyukur apabila dapat meraikan Syawal dalam keadaan tenang, aman dan harmoni berbanding apa yang sedang dialami masyarakat Islam di negara luar, titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
    
Baginda bertitah ini kerana suasana Syawal di negara ini jauh berbeza berbanding suasana sengketa yang sedang dialami oleh umat Islam di Mesir dan  Syria, begitu juga penderitaan dan penindasan yang dilalui masyarakat Islam di Palestin dan Myanmar.
    
"Allah melimpahkan suasana riang sebaik Syawal muncul di ufuk. Betapa besarnya anugerah, apabila Syawal dapat diraikan dalam suasana aman lagi harmoni. Perbanyakan bertakbir dan bertahmid, tanda syukur atas nikmat yang telah dilimpahkan di bumi ini," titah baginda dalam perutusan Aidilfitri 1434H yang dikeluarkan di sini hari ini.
    
Baginda mengajak seluruh umat Islam mengangkat lafaz syukur kepada Allah yang mengurniakan kesihatan dan ketabahan dalam menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan.
    
"Berpuasa menguji kekuatan jasmani, minda dan rohani.  Amalan puasa menyemai disiplin, membimbing insan mengawal nafsu. Manusia sering kali tergelincir ke lembah hina disebabkan gagal mengawal nafsu, hingga bersifat tamak haloba, melakukan pembaziran, mencetuskan persengketaan, merosakkan kehidupan," titah baginda.
    
Raja Nazrin turut bertitah amalan balik kampung oleh rakyat Malaysia untuk berkumpul di kampung halaman di samping budaya ziarah di kalangan saudara-mara, rakan taulan dan jiran tetangga ketika perayaan mencerminkan nilai kekeluargaan tersemai dengan subur.
    
Rumah terbuka Aidilfitri juga merupakan satu budaya unik, bukan sahaja di rumah kediaman malah organisasi dan institusi, yang mana ia menunjukkan sifat terbuka umat Islam yang dilebarkan dengan kesediaan menerima tetamu dengan pelbagai juadah istimewa, titah baginda.
    
"Lebih unik, kemeriahan sambutannya turut disertai oleh warga daripada pelbagai agama, pelbagai kaum. Aidilfitri berupaya memupuk semangat perpaduan, Aidilfitri adalah sebahagian dari warna-warna pelangi terlukis indah di ufuk negara," titah baginda.
    
Baginda juga bertitah dalam keriangan menyambut Syawal, pengorbanan yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam perkhidmatan bagi membolehkan Aidilfitri  disambut meriah sewajarnya dihargai.
    
"Ketika majoriti warga Malaysia cuti berhari raya, terdapat rakyat Beta yang melaksanakan pelbagai tugas penting, antara mereka adalah anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.
    
"Begitu juga mereka yang diperlukan mengendalikan perkhidmatan 24 jam sehari merangkumi anggota bomba, kakitangan penjara, hospital, Imigresen dan Kastam.
    
"Kakitangan sektor pengangkutan, petugas di lebuh raya, warga media, radio dan televisyen, kakitangan hotel dan restoran serta pelbagai bidang perkhidmatan lagi. Mereka telah melakukan pengorbanan, bertugas menyempurnakan amanah ketika orang lain sedang berhari raya bersama keluarga," titah baginda.
    
Justeru itu, Raja Nazrin dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim menzahirkan penghargaan yang amat tinggi kepada mereka selain turut menzahirkan penghargaan kepada anggota keluarga mereka yang turut melakukan pengorbanan menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran suami, isteri, ayah, ibu, abang, kakak, adik atau anak tersayang.
    
"Semoga Allah merahmati mereka dan keluarga mereka. Semoga rakyat yang Beta kasihi akan dirahmati Allah menyambut Aidilfitri dalam suasana bersyukur, riang dan gembira. 
    
"Semoga rakyat Beta akan terus mengukuhkan nilai-nilai keluarga, mempererat silaturahim sesama jiran tetangga serta rakan taulan. Semoga melalui sambutan Aidilfitri, persefahaman di kalangan warga Malaysia daripada pelbagai agama dan pelbagai kaum dapat terus dipupuk," titah baginda.
    
    
Catatan Unknown di 8.8.13
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

web page hit counter

Translate

Statistik Blog

Titipan Bicara

  • ►  2012 (58)
    • ►  November (28)
    • ►  Disember (30)
  • ▼  2013 (2855)
    • ►  Januari (19)
    • ►  Februari (55)
    • ►  Mac (388)
    • ►  April (576)
    • ►  Mei (623)
    • ►  Jun (331)
    • ►  Julai (268)
    • ▼  Ogos (120)
      • Fitnah Beli Hakim : Anwar Gesa Peguam Negara Berti...
      • Pendakwah jawab Perkasa, Mazhab Hanafi benar Musli...
      • Sambut raya: Kos hidup rakyat bertambah mahal
      • Kuan Yew : Malaysia sudah terlambat?
      • MB Selangor: Fokus laporan pembangunan untuk bangu...
      • Kes Korupsi KPFMB : Perlu diteliti dalam konteks p...
      • Mahathir-Pak Lah ‘panas’ menjelang 1 Syawal
      • Kuan Yew : Harap PR bentuk dimensi baru antara kaum
      • Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor
      • Ahli Parlimen bukan Islam rasai nikmat berpuasa
      • Demografi penduduk: Khalid setuju pandangan Kuan Yew
      • MB : Program jangka panjang untuk ringankan beban ...
      • 'Umat Islam perlu bersyukur rai Syawal tenang, har...
      • Najib : Umno perlu berubah
      • Perlu Penuhi Syarat Untuk Tanding Tiga Jawatan Ter...
      • Dr M : Akan ulas komen Pak Lah
      • Nurul Izzah dijemput lancarkan buku Pak Lah?
      • Amran mahu tunjuk DAP parti pelbagai kaum
      • Keberanian Najib yang hilang?
      • Anwar : Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk
      • Pancuran meteor boleh dilihat dengan terang
      • Anwar 'sahkan' Najib mahu bentuk Kerajaan perpaduan
      • Mengapa PAS gagal dapat undi Felda?
      • Perjanjian TPPA bakal rampas RM27 juta wang rakyat
      • Jenayah di banyak negara tiada Ordinan Darurat ter...
      • Alasan tolak petisyen jelek, hakim patut ‘masuk ku...
      • Lim: Boleh saman!
      • Zahid : Buka pekung didada?
      • Tawaran Kerajaan Perpaduan bukti Najib, BN goyah
      • Hanya penggali pisahkan Mahathir dengan politik
      • Jenayah berleluasa bukti tranformasi Najib gagal
      • Menziarahi kembali ‘kerajaan perpaduan’
      • Kajian pilihan raya UMcedel terbukti benar
      • Kenapa Anwar lebih didambakan Najib?
      • 'Penceroboh Suluk gugur tuntutan jika saya sultan'
      • Kerajaan perpaduan tidak diperlukan, kata Nazri
      • Pemilihan Umno, peluang membersihkan parti daripad...
      • Munajat 100K bertukar ke Padang Merbok
      • Dato' Halimah cabar Ketua Wanita Umno?
      • Rumah Wee Ka Siong diintip helikopter kawalan jauh
      • Kes tembak : Alasan polis terdapat perang antara k...
      • Putrajaya bertegas kalimah “Allah” hanya untuk Islam
      • Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno?
      • ‘Kejayaan’ 100 hari BN, jenayah meningkat
      • DAP : Hidup atau matinya?
      • KJ akan pertahan Ketua Pemuda Umno
      • Najib hilang fokus dalam 100 hari
      • Najib dan Hari Raya Idul Fitri nya.
      • Jenayah tembak, kontroversi TPPA selubungi 100 Har...
      • Enggan kecam kezaliman di Mesir, Najib tunduk kepa...
      • DAP parah disebabkan serangan fasa ketiga BN
      • Ku Li hampir pasti tanding Presiden Umno
      • Nasib dua bekas polis sabit kes pembunuhan Altantu...
      • Nazri : Gelar pengkritik ‘bodoh’
      • Suspek boleh ditahan 72 hari dengan arahan mahkamah
      • Peminjam PTPTN bagai jatuh ditimpa tangga
      • Isu Sunni-Syiah agenda lemahkan umat Islam
      • Tarif elektrik naik, harga barangan akan naik
      • Hilang sokongan Punca Rakyat Dingin Kibar Jalur Ge...
      • Berapa nilai kekayaan Hosni Mubarak?
      • Polis nafi terdapat polisi “tembak untuk bunuh”
      • Putrajaya kini guna `Endless Possibilities’
      • Ramai Dijangka Berminat Tanding Naib Presiden
      • Kebenaran itu milik ALLAH
      • Swasta lwn auta?
      • Polis tiada kuasa senarai hitam pemandu - Kase
      • AES: Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni
      • Keadaan fizikal bas uzur, kata mangsa
      • AES: BN ‘jilat' semula cadangan Pakatan
      • Undang-undang apa perlu untuk buktikan pembunuh?
      • Juara dan pecundang dalam kes Altantuya
      • Endless Possibilities: Tiru Israel atau Mongolia?
      • Juham akan pantau kes Altantuya secara dekat
      • Mufti sokong kerajaan Kelantan laksana hudud
      • REPORT 7380/06 - SIRUL
      • Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya
      • MB: Rasuah kesan buruk pada negara
      • Parti India dan Parti Cina patut bergabung'
      • Altantuya dibawa pergi 'mereka berdua' - isteri Bala
      • Ketagih EO?
      • Ada perancangan licik ketepi kes Altantuya
      • Mungkin PM ada jawapan siapa bunuh Altantuya
      • Kes Altantuya:Episod Pembunuhan penuh misteri
      • Ali Rustam dilantik Senator, Menteri JPM, ketuai P...
      • Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap
      • Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang
      • Lantik Shahrizat penasihat PM, ganjaran Najib kepa...
      • Sekat air ke P Pinang hukuman pada rakyat kerana t...
      • Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib le...
      • Raja Muda : Memelihara ekosistem tanggungjawab semua
      • Peguam negara tidak mahu bersara dalam masa terdekat
      • K'jaan ambil alih aset 49 kongsi gelap
      • Ketua Wira Perkasa terus serang PM
      • Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewa...
      • Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida
      • BN dan PR bukan masa sesuai melaksanakan kerajaan ...
      • GST: Jangan aniaya rakyat kerana kelemahan BN
      • Masih adakah sebuah kerajaan yang mentadbir kita?
      • Dialog PR, BN - Anwar Yang Terdesak Atau Pemimpin ...
      • Syabas wujudkan rasa panik?
    • ►  September (144)
    • ►  Oktober (111)
    • ►  November (96)
    • ►  Disember (124)
  • ►  2014 (1355)
    • ►  Januari (137)
    • ►  Februari (173)
    • ►  Mac (85)
    • ►  April (134)
    • ►  Mei (137)
    • ►  Jun (123)
    • ►  Julai (116)
    • ►  Ogos (107)
    • ►  September (72)
    • ►  Oktober (86)
    • ►  November (47)
    • ►  Disember (138)
  • ►  2015 (346)
    • ►  Januari (69)
    • ►  Februari (65)
    • ►  Mac (80)
    • ►  April (55)
    • ►  Mei (46)
    • ►  Jun (21)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  September (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (12)
    • ►  September (9)
    • ►  Oktober (3)
Tema Tetingkap Gambar. Imej tema oleh 5ugarless. Dikuasakan oleh Blogger.