SPECIAL ADS

8 Ogos 2013

Demografi penduduk: Khalid setuju pandangan Kuan Yew

Shah Alam 08 Ogos : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim(pic) berkata demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Pemimpin negeri yang paling kaya di Malaysia itu berkata demikian sebagai mengulas pandangan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dalam buku biografi berjudul  One Man View.
Lee sebelum ini  berkata tidak akan ada perubahan yang berlaku, kaum Melayu tetap akan akan menjadi kaum majoriti walaupun Pakatan Rakyat memerintah negara.
Menurut Khalid, bekas Perdana Menteri Singapura tersebut berpandangan realistik dalam memberikan pandangan berdasarkan situasi politik.
"Beliau memberitahu perkara yang benar, kerana mereka (Melayu) mewakili 60 peratus dari populasi penduduk, kencenderungan politik ialah mendapat sokongan dari kaum Melayu.
"Sudah tentu dia bersifat sinis, dengan bermaksud  bahawa ini tidak mematuhi amalan demokrasi terbaik,"katanya dalam majlis rumah terbuka Kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini.
Tambah Khalid, realitinya adalah struktur negara ini berasaskan kaum,  menjelaskan bagaimana kesemua hal ini diterjemahkan dalam kewajaran kesamarataan kaum.
Dalam bukunya, Lee turut memberi pandangan bahawa PR tidak akan mampu mengubah keunggulan Melayu.
Pada saat pembohongan dilakukan kuasa penuh yang diberi akan berdepan dengan penafian, sama ada ia akan musnah dari dalam atau menjadi lumpuh kerana kebimbangan.
"Sekiranya ia percubaan untuk melakukan apa sahaja tindakan yang bermakna, PAS sebagai parti Islam akan menduduki majoriti kerusi dalam Pakatan atau sekurangnya cukup untuk berkongsi kuasa veto , yang mana akan memberi sekatan serta merta.
"Dengan berbuat demikian, PAS akan bertindak balas kepada tekanan yang sama dihadapi Umno dari kaum Melayu," kata Lee.
PR memenangi 89 kerusi parlimen, dimana menafikan kuasa dua pertiga BN dalam parlimen untuk kedua kali berturut.
Ia juga mengekalkan kuasa ke atas kedua-dua  kuasa ekonomi di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan juga mendapat 51 peratus undi popular.
Walau bagaimanapun, Khalid berkata andaian Lee bahawa menjadi mustahil untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi undi Cina dan India tanpa kehilangan undi Melayu adalah kurang benar.
"Saya mempertikaikan andaian itu. Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib menangani masalah penduduk luar bandar, beliau tetap akan mendapat sokongan daripada kaum Cina, India dan Melayu," katanya. 

Tiada ulasan: