SPECIAL ADS

6 Ogos 2013

MB Selangor: Fokus laporan pembangunan untuk bangun ekonomi rakyat

Abdul Khalid meraikan anak yatim sempena majlis berbuka puasa malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2013.
Subang Jaya 06 Ogos : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak golongan wartawan di negara ini  membantu kerajaan membangunkan ekonomi rakyat dengan membuat berita mengenai pembangunan kerana ini membolehkan kerajaan khasnya pihak pentadbiran mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan untuk pembangunan ekonomi.
Gesaan ini dibuat Abdul Khalid dalam majlis berbuka puasa bersama wartawan di Hotel Grand Dorsett di Subang Jaya, semalam yang turut disertai isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut, wartawan veteran, Haji Subky Latif dan ketua-ketua pegawai eksekutif badan-badan kerajaan di Selangor.
Sempena majlis itu, Abdul Khalid turut menyerahkan bantuan kepada anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Sungai Pinang.
"Dengan membuat berita pembangunan, ia akan menolong kerajaan mengenali masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika berucap dalam majlis itu.
Bagi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, usaha kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi luar bandar dalam sesi ini akan berjalan baik dengan bantuan laporan media dari wartawan.
Di majlis itu juga, Abdul Khalid mengumumkan, kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan dua forum ekonomi menjelang perbentangan Bajet Negeri Selangor November ini bagi memastikan manifesto Pakatan Rakyat yang lalu dilaksanakan dengan baik di negeri ini.
Abdul Khalid berazam mahu  manifesto itu dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang.
Pakatan Rakyat (PR) Selangor membentangkan manifesto sendiri menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Sebelum ini, pembangkang Selangor menjalankan kempen kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid gagal melaksanakan manifesto mereka sebelum ini

Tiada ulasan: