SPECIAL ADS

13 Ogos 2013

Kajian pilihan raya UMcedel terbukti benar

Graf keputusan pilihan raya dari 2004 hingga 2013. Jurang antara BN dan PR semakin dekat. Gambar UMcedel.
14 Ogos : Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) menjelang Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) terbukti benar dan hampir tepat.
Ia terbukti apabila keputusan PRU 13 adalah selari dengan keputusan kajian yang dibuat UMcedel menjelang pilihan raya itu.
Demikian kata Sekretariat UMcedel dalam satu kenyataan mereka hari ini.
Menjelang pilihan raya umum lalu, media menyiarkan kenyataan UMcedel bahawa 'Majoriti dua pertiga BN mustahil' dan 'Jurang BN-PR amat rapat'.
Terbukti keputusan pilihan raya 2013 menunjukkan BN tidak mendapat majoriti besar dan jurang antara kedua-duanya sangat rapat.
Kajian terakhir dilakukan oleh UMcedel bermula pada hari pembubaran Parlimen sehingga hari penamaan calon (3 April 2013  – 20 April 2013)
Kajian ini menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional sebanyak 5 peratus.
Barisan Nasional mendapat 43 peratus, manakala Pakatan Rakyat mendapat 48 peratus dan pengundi tidak pasti sebanyak 9 peratus.
"Terbukti kajian yang dilakukan UMcedel hampir tepat apabila Barisan Nasional mendapat 3 peratus sokongan pengundi atas pagar menjadikan jumlah undi popular sebanyak 46 peratus.
"Pakatan Rakyat mendapat 5 peratus sokongan pengundi atas pagar menjadikan jumlah undi popular yang diterima sebanyak 53 peratus," kata kenyataanitu. 

Tiada ulasan: