SPECIAL ADS

26 Ogos 2013

Endless Possibilities: Tiru Israel atau Mongolia?


KUALA LUMPUR 26 Ogos : Kalau mengikut hujah dan logik JPM, maka slogan Endless Possibilities ditiru daripada Mongolia kerana mereka lebih awal daripada Najib menggunakannya. 

Najib hanya mula mengucapkan Endless Possibilities pada Januari 2013 sedangkan negara kelahiran Altantuya sudah menggunakannya sejak 19 Februari 2012 lagi.

“Setelah Altantuya menjadi isu dan menimbulkan ribut besar kepada negara, kenapa Mongolia lagi menjadi pilihan?” tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Justeru, baginya penjelasan dari mulut Najib nampaknya semakin dituntut sama ada slogan itu sebenarnya diciplak dari Israel atau Mongolia.

Beliau turut mempersoalkan apakah penasihat-penasihat Najib tidak peka dalam hal itu dan kenapa dalam era kepimpinan Najib ini kita asyik dihadapkan dengan Israel dan Mongolia saja. 

“Tidak adakah negara lain yang boleh dijadikan kiblat penjenamaan?” tanya beliau lagi. HD

Baca lagi

Tiada ulasan: