SPECIAL ADS

6 Mei 2014

TMJ: Dedikasi penting sebagai presiden FAM

TMJ

DEDIKASI dan komitmen untuk membina sukan bola sepak Malaysia merupakan perkara terpenting yang perlu dimiliki seseorang yang mahu memegang tampuk sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kata Tunku Mahkota Johor.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), faktor pengalaman tidak sepenting dedikasi serta komitmen untuk bekerja keras. "Walaupun seseorang itu mempunyai 30 tahun pengalaman, tetapi jika beliau tidak mempunyai dedikasi, komitmen dan kerja keras untuk membangunkan sukan bola sepak negara, jadi apa gunanya," katanya pada sidang khas bersama media dan wakil kelab penyokong bola sepak Johor hari ini. 

Beliau sebelum itu ditanya sama ada akan mencabar jawatan Presiden FAM yang kini disandang oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada kongres persatuan itu bulan ini. Turut bertanding untuk jawatan itu ialah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. 

Tunku Ismail berkata, beliau tidak berapa berminat untuk bertanding merebut jawatan Presiden FAM itu kerana sudah dapat menjangka keputusan yang bakal dibuat oleh persatuan-persatuan yang menganggotai FAM. 

Sementara itu, pada majlis yang sama, Tunku Mahkota Johor turut mengumumkan PBNJ bakal mempunyai stadium baru yang dibina di pulau buatan manusia terbesar di dunia, di Danga Bay. "Ia akan dibina di pulau buatan manusia terbesar dunia, lima kali ganda lebih besar daripada Pulau Sentosa, Singapura di dalam projek dikenali" Garden In The City " yang sedang diusahakan, "katanya.   Menurut beliau, stadium baru Johor itu bakal mempunyai kapasiti penonton di antara 50,000 hingga 60,000 melebihi kapasiti 30,000 di Stadium Larkin. - Bernama

Tiada ulasan: