21 Mac : Keputusan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh dianggap penganalisis politik sebagai mencerminkan keberaniannya keluar dari zon selamat.
Ia juga dianggap membuka kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi kali ini sesudah kalah dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti tipis.
Permatang Pauh boleh dianggap sudah biasa dengan Pakatan Rakyat, seperti juga Ipoh Timur di Perak atau Bukit Bintang di Kuala Lumpur, kesemuanya merupakan kerusi 'winnable' sebagai beberapa contoh.
Ini juga dilihat sesuatu yang positif apabila Anwar dilihat 'mengikut jejak' Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timur dan berani bertanding di Gelang Patah, Johor, negeri kelahirannya.
Perkembangan menarik ini pastinya membuatkan Barisan Nasional (BN) lebih berhati-hati kerana sekiranya Kit Siang berjaya menang, tsunami politik dari selatan pula membadai setelah terhenti di Negeri Sembilan dalam pilihanraya umum lalu.
Anwar yang dijangka bertanding kerusi di Perak (maaf saya tidak dapat memberikan kerusi mana) juga dilihat memberi nilai tambah kepada kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu yang sudah bersedia menerima kembali pemerintahan rakyat setelah tipu helah Najib Altantuya berjaya pada 2009.
Berdasarkan keadaan semasa, Anwar dijangka akan bertanding sama ada di parlimen Pasir Salak, Tapah atau Lumut kerana ketiga-tiga kerusi berkenaan dijangka mampu dimenangi, apatah lagi jika Anwar yang bertanding.
Begitupun, jika dia ingin bertanding di Selangor, peluangnya juga cerah walaupun daftar pemilih paling kotor dalam sejarah negeri itu kini terhidang angkara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas arahan Umno.
Kedua-dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini seolah memberi isyarat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar 'keluar' dari Marang dan bertanding di negeri lain, contohnya Pahang.
Jika Hadi berfikiran begitu, ini pastinya akan memberikan pukulan hebat terhadap BN kerana walaupun Terengganu dianggap agak sukar untuk ditawan, Hadi boleh melebarkan pengaruh PAS dan Pakatan Rakyat di negeri kubu kuat Umno itu.
Tidak perlu ke Pekan menentang Najib Altantuya, barangkali jika dia bertanding di Jerantut atau Bera, belum tentu lagi dia kalah.
Sebenarnya tindakan Anwar dan Kit Siang keluar dari kubu masing-masing membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak takut untuk meluaskan aura kebangkitan rakyat sekaligus secara tak langsung menunjukkan bahawa pemimpin BN kini sudah tidak selamat di kawasan masing-masing.
Umum mengetahui strategi bijak meletakkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di luar zon selamat mereka akan menambah nilai dan imej parlimen yang mereka tandingi kerana selama ini diabaikan BN sejak 50 tahun lalu.
Jika Anwar bertanding di Tapah, contohnya, BN akan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai rasuah mee segera yang tidak pernah terfikir setiap kali mereka menang di situ bagi mengekang pengaruh Anwar.
Zambry Abdul Kadir juga sudah mula kecut perut memikirkan karisma Anwar yang cukup besar melebar yang pastinya menggugat keyakinannya sendiri bahawa BN boleh berkuasa di negeri ini.
Walaupun tidak menyatakan dengan jelas apa yang tersirat di sebalik kenyataannya, sebenarnya Zambry sudah boleh dianggap 'tewas sebelum bertempur' kerana apa yang pasti rakyat Perak akan bangkit menghukum BN yang menumbangkan Pakatan Rakyat melalui rampasan kuasa hingga krisis perlembagaan negeri berlanjutan lebih empat bulan.
Pun begitu, persoalan menarik di sebalik 'penghijrahan' ini adalah, apakah langkah BN mengekang kemaraan Pakatan Rakyat seterusnya?
Sama-samalah kita tunggu kesudahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan