KUANTAN, 21 Mac - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) digesa mengambil perhatian serius untuk menyelesaikan isu air yang kini menghantui sebahagian besar rakyat di negeri ini. Jika dulu, masalah tersebut hanya melanda di kawasan-kawasan pedalaman dan tanah rancangan Felda semata-mata.
Kini ia menjadi lebih parah lagi apabila iamelanda pula bandar Kuantan yang merupakan ibu negeri Pahang sendiri. Amat memalukan apabila setiap minggu ada sahaja laporan masalah air yang diterima daripada rakyat yang sudah bosan dengan janji-janis manis yang dibuat oleh kerajaan selama ini. Jika Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri Pahang, Najib sendiri boleh berkata kepada rakyat Kelantan yang antara lain bunyinya "Jika mahu masalah air di negeri itu selesai, maka rakyat perlu tukar kerajaan PAS kepada BN pada pilihanraya umum akan datang".
Kenyataan Najib ini seolah menggambarkan negeri yang ditadbir oleh PAS itu sahaja yang mempunyai masalah air, walhal sebaliknya Pahang yang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang terkadang lebih teruk dari itu. Lebih malang agi, masalah bertimpa-timpa sejak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun lalu.
Masalah air yang melanda terkadang sudah melebihi 30 hingga 40 tahun sejak pemerintahan UMNO BN di negeri ini. Maka itu, amat menghairankan bila mana Najib berjanji seperti itu kepada rakyat Kelantan. Cuba lihat video yang dipaparkan di bawah ini. Masalah air yang melibatkan penduduk di Felda Jengka 7, Maran ini adalah satu contoh "cakap tak serupa bikin.. mengata orang negeri sendiri yang lebih".
Luahan dan penderitaan yang mereka alami amatlah teruk sekali sebenarnya. Malah, ia jelas membuktikan segala cakap-cakap pemimpin UMNO BN selama ini hanyalah omongan kosong belaka. Mereka rela berjanji "bulan bintang untuk menyelesaikan masalah air di negeri kelantan", tetapi realitinya di negeri sendiri pun mereka tidak mampu melakukannya. Jika di negeri pembangkang mungkin rakyat boleh menerima takdir masalah air berlaku kerana segala peruntukan dan dana untuk memulihkan situasi itu disekat oleh pusat. Anehnya, kenapa di negeri yang dapat peruntukan besar dari pusat pun menghadapi masalah yang sama. Malah, senarionya lebih teruk daripada yang rakyat sangka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan