PETALING JAYA 19 Mac : Pakatan Rakyat (PR) mendesak atas nama keadilan agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.
"Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional," kata Anwar dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di sini, hari ini.

Katanya, Najib selaku perdana menteri pada hari ini sudah tidak ada status etika untuk meluluskan apa-apa projek jika sistem kerajaan sementara diaplikasikan.
Menurut kenyataan media itu lagi, PR juga mahu tempoh berkempen yang diputuskan sekurang-kurangnya 11 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dipanjangkan kepada 21 hari.

"Ini akan memberi ruang kepada semua parti terutamanya parti yang memiliki keupayaan kewangan terbatas untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar.
Pihaknya juga menggesa supaya agar capaian media yang sama rata diperuntukkan kepada semua parti politik yang bertanding dalam PRU13.
SPR katanya, boleh mengarahkan supaya ia dilaksanakan oleh media kerajaan dan perdana menerusi TV, radio, media cetak dan elektronik di negara ini untuk berbuat demikian.
Ketua Setiausaha Negera (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa juga diminta mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.
"Walaupun SPR yang merancang dan menguruskan pilihan raya, para penjawat awam yang bertugas dengan SPR dalam menguruskan pilihan raya merupakan penentu kepada proses pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.
SPR juga dituntut supaya mengendalikan tugas mereka khususnya melibatkan undi pos, undi awal, akses kepada pemerhati dalam dan luar negara serta pengurusan pegawai petugas," katanya.
Menurut Anwar, jika tuntutan-tuntutan ini dipenuhi berpandukan kepada laporan ini, proses pilihan raya akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Laporan persidangan antarabangsa yang berlangsung awal bulan ini turut diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz Khamis lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan