SPECIAL ADS

18 Mac 2013

Arah peguam reka akuan bersumpah palsu, Najib patut disiasat


KUALA LUMPUR 19 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat Datuk Seri Najib Razak berikutan pengakuan peguam kanan, Tan Sri Cecil Abraham berkaitan perbuatan mereka akuan bersumpah SD kedua yang palsu untuk P Balasubramaniam.
Hal itu didedah peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, 16 Mac lalu.
Peguam, N Surendran berkata, Perdana Menteri boleh disiasat mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan atau Seksyen 120A Jenayah Terancang atau Seksyen 191 Pemalsuan Bukti di bawah Akta Pengakuan Bersumpah 1960.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presiden KEADILAN itu juga mendesak Najib sekurang-kurangnya memberi reaksi sama ada menafi pengakuan Cecil Abraham itu jika beliau benar-benar tidak terlibat.

“Najib perlu jawab. Kalau tidak, rakyat akan terus hilang kepercayaan, malah imej  Malaysia buruk di mata dunia kerana Perdana Menteri gagal membela diri dalam kes pembunuhan.
“Polis juga perlu segera mulakan siasatan. Mahu tunggu sampai bila lagi baru hendak bertindak? Atau badan kehakiman negara cuma berfungsi untuk soal siasat rakyat  bawahan?” katanya, sinis.
Oleh Ruqayya Rahman

Tiada ulasan: