SPECIAL ADS

18 Mac 2013

ZuL Nordin jadi badut sarkas UMNO!

19 Mac : Zul Nordin dalam keadaan yang semakin terdesak menonjolkan satu imej kepada negara. Kejadian di Guar Periuk , Permatang Pauh menampakkan warna semasa Zul Nordin. Ceramah tentang Lahad Datu dan penggunaan Kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu menjadi tanda dan warna Zul Nordin. Zul Nordin sudah bertukar menjadi badut sarkas yang cari makan, petanda Zul Nordin sudah terdesak dan panik kerana kemungkinan hilang pekerjaan tidak lama lagi.

Tetapi malang sekali bagi Zul Nordin kerana dalam tidak sedar, dia sebagai badut sarkas telah melondehkan perbuatan buruk pencacai dan penyokong UMNO selama ini yang menjadi samseng menggangu perjalanan ceramah dan majlis PR.

Zul Nordin mahu menyalahkan penyokong PR yang mengusirnya dari sekolah kementerian pelajaran yang menjadi tempat ceramahnya tetapi sebenarnya dia sendiri yang salah kerana menggunakan permis kerajaan untuk berkempen memburuk burukkan PR. Kerana itu, Zul Nordin menuduh penyokong PR tidak boleh menerima kebenaran, sedangkan kebenarnya ialh Zul Nordin menyalah gunakan premis kerajaan yang menjadi hak seluruh rakyat.

Zul Nordin mahu menunjukkan penyokong PR sebagai kumpulan yang tidak dapat menerima kenyataan tetapi sebenarnya yang tidak dapat menerima kenyataan ialah penyokong atau penerima upah dari UMNO(termasuk Zul Nordin sendiri). Berapa banyak kes samseng UMNO mengganggu majlis dan ceramah PR? Menggangu tanpa sebab? Menggangu dengan tujuan menghalang majlis atau ceramah yang mengandungi beribu kebenaran dari segala aspek.

Tetapi ceramah Zul Nordin hanya menyampaikan tohmahan tanpa bukti kukuh, dan inilah yang dikatakan kebenaran oleh Zul Nordin. Dasar badut sarkas yang suka memutar kenyataan untuk menghiburkan pengunjung! Zul Nordin juga tidak menyatakan bahawa halangan penduduk setempat dari kalangan penyokong PR ada asas yang kuat kerana Zul Nordin menggunakan harta rakyat, kalau Zul Nordin berceramah di tempat persendirian, tak perlu panggil polis berkawalpun tiada siapa yang menggangu!

Kini Zul Nordin dengan watak badut sarkasnya menyebarkan pula dakwaan penyokong PR tidak boleh menerima kebenaran dengan menggangu ceramahnya, pada ketika deretan gangguan samseng UMNO ke atas ceramah dan majlis PR. Kebenaran yang hanya memberi fokus kepada peristiwa Lahad Datu dan penggunaan Kalimah ALLAH dalam bible melayu. Kedua dua kebenaran yang didakwa Zul Nordin mengandungi hujah dangkal, tohamah, tuduhan dan fitnah yang tidak berfakta sedangkan kebenaran yang berfakta tidak pula disebut oleh Zul Nordin seperti penolakan perlaksanaan hudud oleh kerajaan UMNO dan kegemaran UMNO mencampur adukkan maksiat dan kemungkaran dengan amal ibadat seperti di kebanyakan majlis UMNO dimulakan dengan doa kemudian disusuli dengan acara maksiat dan kemugkaran seperti nyanyian arits artis yang menghairah dan melalaikan.

Zul Nordin takut dengan penggunaan kalimah ALLAH dalam bible melayu akan memurtadkan ramai melayu, tetapi Zul Nordin buat derk saja pada pasarana yang disediakan UMNO untuk menolak orang melayu ke kancah murtad. Zul Nordin mengajak orang melayu menentang penggunaan Kalimah ALLAH, tetapi Zul Nordin tak kisah kalau ada pemimpin atau umat Islam tidak solat atau menolak hukum ALLAH.

Zul Nordin kini ada pekerjaan baru, badut sarkas UMNO yang menukar fakta kepada auta untuk orang ketawa, jadi kalau dengar apa yang Zul Nordin kata, ketawalah sampai terbahak bahak!"
 


Oleh: notan

Tiada ulasan: