SPECIAL ADS

20 Mac 2013

PRU13 : Trend Politik Ganas Mencemar Keharmonian Malaysia




21 Mac : Keganasan politik akan menimbulkan suasana tidak tenteram, kacau bilau, ketakutan dan kebencian terhadap rakyat. Keganasan politik adalah budaya yang ditolak oleh rakyat. Sebagai masyarakat yang bertamadun, berintelek tinggi serta terdedah dengan pelbagai maklumat melalui kemudahan teknologi terkini, pengundi sebenarnya telah memuktamadkan keputusan dan tahu membezakan parti mana yang perlu mereka sokong dan tolak. Mana-mana pihak tidak perlu mencetus keganasan politik sebagai suatu pemaksaan mental terhadap pengundi untuk memilih mereka.

Gesaan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menolak keganasan politik dalam PRU ke 13. Langkah ini adalah amat baik dan wajar dinilai oleh setiap parti politik. Dalam iklim PRU ke 13 yang semakin panas, parti-parti politik tidak seharusnya memanaskan landskap politik negara dengan insiden keganasan. Iklim politik hanya perlu dipanaskan dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan dengan kefahaman dan kesedaran, bukan dengan keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pemimpin utama Malaysia sewajarnya menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat, hakikatnya berlaku kepincangan dan telah menyerong dari landasan sebenar dimana  telah bertindak menyalahi norma-norma undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib ini ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan transformasi perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.


Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.


Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi. Inikah budaya yang diamalkan di dalam sebuah negara yang demokrasi ?


Sepanjang BN memerintah sememangnya terdapat pelbagai kepincangan di negara ini dalam pelbagai aspek dan di segenap peringkat. Telah berlaku insiden-insiden salah laku Umno / BN khususnya, antaranya:
  • Berlaku ‘tragedi berdarah’ yang berlaku di Gombak pada 5 Disember 2012, apabila Siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diganggu dan mengakibatkan seorang petugas ditikam dibahu.
  • Pada 17 Julai 2013, ceramah YB Nurul Izzah di Pagoh juga turut diganggu. 
  • Kalau kita masih ingat insiden yang menimpa mahasiswa yang mendiami Dataran Merdeka pada 19 April yang lalu, mereka diserang dan banyak kerugian yang mereka alami hasil dari tindakan dan perbuatan politik yang tidak bertamadun ini.
  • Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Shahrizat cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei jika Umno kalah di dalam PRU akan datang semasa Perhimpunan Umno Malaysia yang lalu. Dengan ini jelas bahawa Umno  berkecimpung dengan budaya ‘politik samseng’ demi mengekalkan kekuasaan mereka.
  • Pengerusi DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menerima sepucuk surat ugutan yang mengandungi dua butir peluru. 
  • Pada 5 Feb 2013, Buat pertama kali dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah Pakatan 'Mazlan Aliman' di Felda Sungai Tengi.
Dan beratus-ratus lagi insiden-insiden ganas oleh samseng-samseng liar Umno BN yang telah berlaku tetapi tiada tindakan satu pun oleh pihak berkuasa keselamatan.

Budaya samseng sebegini  tidak patut dibiarkan tumbuh subur di Malaysia. Budaya politik ugut mengugut dan ancaman seperti ini hanya dilakukan oleh mereka yang berada di dalam situasi terdesak sahaja. Golongan ini tahu bahawa sokongan terhadap mereka semakin terhakis dan berkurangan daripada sehari ke sehari.

Jadi untuk menutup keburukan dan kelemahan mereka, taktik mengalihkan tumpuan rakyat dan berlindung di sebalik isu ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu pula dimainkan. Ini satu lagi budaya politik perkauman dan budaya politik sempit yang cuba diterapkan ke dalam minda rakyat.

Budaya politik pecah dan perintah ini adalah tinggalan bekas penjajah negara untuk mereka terus berkuasa. Tetapi budaya ini masih terus diguna pakai oleh “the ruling party” atau parti yang memerintah untuk meneruskan cengkaman kuasa mereka.

Di era globalisasi dan di zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini, budaya-budaya yang telah dinyatakan tadi sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Dunia sudah berubah, hanya minda pemimpin UMNO di takok lama. Sedarlah UMNO, rakyat semakin benci dengan politik fitnah dan adu domba ini. Cubalah berpolitik secara waras dan bijak. Apa salahnya? Bukankah landskap politik sudah berubah? 

Malaysia perlukan landskap politik baru yang lebih bertanggungjawab akibat taraf pendidikan meningkat dan rakyat semakin matang dan memilih.

Juanda JayaMufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan.

“Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda.

“Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama,” katanya

Tiada ulasan: