KUALA LUMPUR: Tiba masanya Majlis Profesor Negara (MPN) perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap campur tangan penguasa politik dalam tadbir urus dan tata kelola universiti, kata Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).
"Di mana suara mereka bagi melindungi lembaga akademik bukan sahaja dalam sains politik bahkan ke semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan. Para akademik perlu bebas untuk nyatakan kritikan," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut berhubung penyingkiran Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Dzulkefly berkata, tindakan ini sekali gus akan melahirkan budaya takut di kalangan para akademik dan juga mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.
Akhirnya, tambah beliau akan wujudnya pula politik membodek kerana takut untuk menyatakan kritikan kepada kerajaan sekali gus melahirkan para akademik bertaraf 'profesor kangkung'.
"Mereka tidak boleh berkreativiti dan berinovasi, akhirnya hasil kajian tidak ada kualiti. Prestasi universiti kita pula akan merundum, dan inilah realiti universiti kita," katanya yang juga bekas pensyarah.
Katanya, segala campur tangan politik di dalam bidang akademik akan merudumkan institusi pengajian awam negara.
Jika keadaan ini berterusan katanya, kegemilangan Universiti Malaya yang pernah menduduki tempat ke-100 di antara universiti di dunia akan tinggal kenangan sahaja.
"PM cakap transformasi ianya semua adalah retorik semata mata. Transformasi dalam pendidikan nyata dirosakkan sama sekali dengan insiden hari ini.
Justeru tegasnya, Menteri Pendidikan wajar bertanggungjawab terhadap pemecatan Prof Redzuan bagi menutup kononnya pemecatan itu bukan kerana campur tangan politik.
"Ini bukan soal parti, ini adalah kelangsungan dan kecemerlangan sebuah universiti," katanya yang turut memuji tindakan Datuk Saifuddin Abdullah yang turut meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini kerana protes.
Pentadbir Universiti Malaya telah 'menyingkirkan' Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Penyingkiran itu dibuat atas alasan beliau akan bersara tahun depan.
Profesor Redzuan yang mengetuai UMcedel sering mengadakan kajian politiknya termasuklah beberapa siri pilihan raya umum dan kecil, namun hasil kajian yang dijalankan dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
30 Jun 2014
MH370: Menteri Pengangkutan perlu tubuh badan penyiasatan bebas segera
SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan penyiasatan bebas berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan segera.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ia perlu dilakukan ekoran anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan yang menjangkau lebih tiga bulan.
“Saya menyeru menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara daripada seluruh dunia.
“Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media.
Izzah turut menggesa Tiong Lai mendedahkan laporan audit terhadap sistem radar Jabatan Penerbangan Awam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Katanya, sistem keselamatan KLIA2 turut dipersoalkan berulang kali dan mantan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyatakan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan menjalankan audit berkenaan keselamatan lapangan terbang itu.
“Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini dilaksanakan? Jika ya, saya meminta menteri mendedahkan laporan ini dengan segera.
“Antara tugasan menteri adalah menubuhkan badan penyiasatan bebas untuk insiden MH370, mendedahkan segera laporan audit ICAO berkenaan kerosakan sistem radar Lapangan Terbang Subang pada 12 September 2012 serta skop dan laporan audit ICAO ke atas KLIA2 yang dijanjikan timbalan menteri pada 16 Jun lalu,” katanya.
Beliau berkata, audit yang pernah disarankannya sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentangkan bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan mengenalpasti tindakan, langkah susulan serta keselamatan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pemantauan ruang udara penerbangan awam.
“Kami sudah meminta sistem udara Malaysia diaudit Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Sehingga hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan.
“Apakah jika audit itu dijalankan dan saranan baik pulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat. Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam,” katanya.
Poligami ekspres
Dengan tag line ‘untuk yang berani sahaja’, bagi menarik perhatian, sindiket tersebut dipercayai turut menyediakan pakej lengkap pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand.
Difahamkan, sindiket berkenaan sedia membantu pasangan yang bermasalah untuk berpoligami kerana faktor kewangan, undang-undang dan halangan keluarga.
Dengan tawaran harga serendah RM2,500, sudah pasti ia membuatkan pasangan berkenaan mendapatkan pakej tersebut.
Bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pasangan untuk poligami, malah sindiket tersebut turut mendakwa jurunikah dan sijil nikah yang dikeluarkan adalah mendapat pengesahan Jabatan-jabatan Agama Islam di Malaysia.
Sindiket terbabit dilihat seolah-olah cuba menyediakan ruang untuk pasangan berpoligami secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama mahupun mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
Selain itu, pengangkutan pergi dan balik dari Alor Setar ke Thailand bagi urusan pernikahan juga disediakan sindiket terbabit.
Sejurus selesai pernikahan itu, mereka turut disediakan tempat penginapan di sebuah hotel mewah sekitar Alor Setar selama tiga hari, dua malam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang wanita mendedahkan tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suaminya berkahwin dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.
Pernikahan poligami menerusi sindiket terbabit diketahui wanita tersebut selepas sijil nikah berkenaan dikesan palsu dan disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.
Pasangan poligami itu kemudiannya mengakui telah berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar menerusi sindiket sebagai jalan mudah.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, demi merahsiakan perkahwinan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir individu dikesan menggunakan sindiket penjualan sijil nikah poligami yang menyerupai sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Menurut laporan itu, proses akad nikah pasangan tersebut dilakukan tanpa melibatkan wali terdekat pengantin perempuan.
Sindiket berkenaan juga dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami.
Pada masa sama, mereka juga bijak memancing pasangan berkenaan dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah poligami beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung. SH
Jangan jadikan universiti sampah
Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.
Presiden PPUM Fahmi Zainol berkata profesor itu berjaya meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di di negara ini.
"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.
"Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi berkata, UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.
"Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?
"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya.
Dalam kenyataannya, Fahmi mengesahkan alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.
"Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada naib canselor UM berkenaan isu pelantikan dekan FSSS di universiti.
"Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.
"Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan," katanya.
Fahmi berkata, jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.
"Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun," katanya.
29 Jun 2014
Penduduk Selangor mahu Abdul Khalid kekal orang nombor satu
SHAH ALAM : Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.
Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.
Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.
Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.
“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.
Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.
“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.
“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.
Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.
“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.
Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.
“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.
Kejadian Sebelum Kehilangan MH370
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:
M.I.A 6 - 370
Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?
MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
6 = F (Flight)
Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:
Kebetulan?
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.
Anda nilaikanlah sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini
beritapanasterkini.com
Suarez: Saya Tak Gigit, Gigi Saya Juga Sakit!
KUALA LUMPUR – Luis Suarez menafikan bahawa dia menggigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia di antara Uruguay dan Itali.
Penyerang Uruguay tersebut dikenakan penggantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan dan juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan selepas bukti rakaman video menunjukkan bahawa dia telah menggigit bahu Chiellini.
Walau bagaimanapun, pemain berumur 27 tahun itu tetap mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam rayuannya kepada FIFA.
“Pada masa itu, saya gagal mengimbangi badan dan terjatuh ke arah pihak lawan (Chiellini)”, jelas Suarez.
“Muka saya terkena pemain tersebut dan mengakibatkan luka kecil. Gigi saya juga sakit dan pengadil membuat keputusan untuk memberhentikan perlawanan.
“Ini yang apa berlaku dan saya langsung tidak menggigit atau cuba menggigit pihak lawan.” – Astro Arena
MCA tidak wakili suara Cina, masuk kabinet ihsan PM
Kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak bukan kerana prestasi mereka yang cemerlang menjuarai isu kaum Cina tetapi atas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Prof Dr Jayum Jawan.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah kedua-dua parti itu kini ditanggalkan kaum Cina dan bukan lagi suara kepada kaum itu.
“Nampak sangat politik Malaysia belum terlepas daripada kongkongan paradigma politik etnik atau politik perkauman yang diwarisi sejak 1960-an.
“Saya tidak fikir MCA dan Gerakan diberi jawatan kerana mereka mampu menuntutnya daripada Najib, sebaliknya saya melihat itu ihsan Najib berdasarkan realiti kedudukan mereka sebagai parti politik dalam BN,” katanya menerusi rencana di Utusan Malaysia.
Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan timbalannya Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jayum berkata, MCA dan Gerakan harus diingatkan pemimpin parti itu masuk ke dalam kabinet dengan penuh kelemahan dan tidak wajar membuat tuntutan kepada Najib.
Katanya, dua parti itu perlu segera membuat pembaharuan terutama dalam mengembalikan sokongan orang Cina.
“Apabila MCA dan Gerakan menaruh harapan dengan jawatan menteri baru parti itu boleh berdepan dengan masyarakat, maka itu silap dan salah dasar untuk memperjuangan kepentingan masyarakat mereka.
“Perdana menteri membawa mereka masuk kerana mahu menunjukkan kepada Malaysia beliau mengambil berat nasib masyarakat Cina walaupun Najib tahu kabinetnya bekerja untuk semua orang Malaysia,” katanya.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia itu berkata, MCA dan Gerakan perlu sedar apabila berada dalam kabinet, semua keputusan perlu dibuat secara bersama dan perlu akur kepada keputusan majoriti.
Katanya, jika syarat itu enggan dipatuhi maka dua parti itu pada bila-bila masa juga boleh meninggalkan kabinet.
“MCA dan Gerakan perlu berterus terang dengan BN. Cara mereka perlu berhemah. Bukan tikam belakang seperti bercakap melalui media dan sebagainya. Mereka perlu berdialog dengan semua sekutu dalam BN,” katanya. TMI
28 Jun 2014
Dollah Salleh JURULATIH BARU Pasukan Kebangsaan
PETALING JAYA – Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak negara.
Keputusan melantik bekas pemain antarabangsa ini sebagai jurulatih kebangsaan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM pada Sabtu.
Dollah,51, bersara dari pasukan kebangsaan pada tahun 1998. Beliau kini merupakan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab membawa pasukan itu ke aksi Liga Super musim depan.
Tahun lalu, beliau membimbing pasukan Pahang sehingga bergelar juara Piala Malaysia.
Pencapaian terbaik sebagai jurulatih adalah pada tahun 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble – Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia.
Dollah dikenali sebagai jurulatih yang mempunyai sentuhan Midas (emas).
Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke Liga Super.
Sementara itu, badan induk bola sepak tanah air ini telah mula mencari jurulatih kebangsaan sejak Januari lalu berikutan kontrak Datuk K.Rajagobal tidak sambung yang berakhir 31 Disember 2013.
FAM sebelum ini berminat untuk melantik jurulatih Perancis, Philippe Troussier namun perbincangan kedua-dua pihak tidak berjalan lancar.
Manakala jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan akan meneruskan persiapan skuad Bawah 23 Tahun menjelang Sukan Asia di Incheon September ini.
Dollah dilantik serta merta bagi menguruskan skuad kebangsaan dalam persiapan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF yang dihoskan oleh Singapura dan Vietnam Disember ini. – Mstar.com.my
Surat Wardina Safiyyah : Malaysia Abai OKU
Nampaknya bukan sekali dua Wardina mengulas tentang isu yang dikaitkannya dengan agama dan bukan sekali dualah juga apa yang dihentam itu dikembalikan padanya.
Disebabkan statusnya sebagai selebriti, apa yang ditulis Wardina di laman sosial peribadinya dibaca ramai orang namun apabila ada yang membalas semula pemikirannya itu, diharap Wardina tidak melenting kerana pihak yang dikritik olehnya secara terbuka itu sudah pasti mempunyai hak untuk menjawab juga secara terbuka.
Sebagai contoh, jawapan seorang kakitangan kerajaan di bawah apabila Wardina tidak habis-habis menyalahkan kerajaan termasuk apabila merujuk kepada kes remaja OKU dikurung ibunya tanpa makanan dan penjagaan mencukupi baru-baru ini:
Ini pula, pembetulan tentang kisah Kerajaan Australia yang dikatakan Wardina begitu bermurah hati terhadap ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Kerajaan Malaysia.
Terbaru, surat terbuka daripada seorang Hamba Allah yang ditujukan kepada Wardina tersebar di media siber.
Penulis surat ini antara lain meminta agar Wardina tidak membutakan hati terhadap kebaikan yang telah disalurkan kerajaan kepada golongan memerlukan semata-mata kerana satu kes terpencil.
Berikut adalah isi kandungan surat tersebut:
Kehadapan Ustazah Wardina.
Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.
Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?
Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata & hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.
Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.
Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.
Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.
Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah. Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.
Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.
Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.
Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?
Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia.
Diharapkan selepas ini, Wardina akan terus berkongsi pandangannya tentang isu semasa. Bagaimanapun dia mesti lebih hati-hati jangan sampai berat sebelah dan terburu-buru dalam menyampaikan pandangan.
Jika tidak, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap golongan artis yang telah melakukan penghijrahan sepertinya sebagai ekstrim dan cenderung menghentam kerajaan dari segala segi.
P/S: Atas rentetan remaja OKU dikurung ibunya, isu ini diperbahaskan banyak pihak. Ada yang negatif dan ada positif: Dalam perkara ini telah menampakkan perhatian masyarakat oleh segenap lapisan.
Selama ini kes OKU dianggap terpencil.
Hakikatnya, dalam kes tertentu OKU adalah seorang insan yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupannya. Ini kerana mereka mempunyai kecacatan yang serius seperti kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, masaalah pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya mental dan lain-lain lagi.
Pada masa ini difahamkan, mereka OKU hanya diberi bantuan kewangan oleh Kerajaan melalui Program Pemulihan Komuniti (PDK) didalam sesuatu kawasan sebanyak RM150 dan RM300 seorang.
Memangla Kerajaan ada membantu.
Berbalik kepada kenyataan Wardina, membandingkan dengan program OKU di Australia yang mengambil berat warga OKU mereka.
Mengikut kajian, betapa ibubapa OKU sebenarnya memang mempunya tekanan yang berat dalam menjalani kehidupannya. Mereka perlu membahagikan masa yang lebih kepada OKU. Dalam kes tertentu kadangkala salah seorang anggota keluarganya langsung tidak boleh bekerja, semata-mata untuk menjaga dan memberi perhatian kepada OKU. Pengorbanan mereka amat berat. Kehidupannya diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata mereka yang mempunyai anak OKU adalah berpendapatan rendah.
Inilah sebabnya Wardina memberikan pandangannya supaya didengari oleh Kerajaan, supaya Kerajaan memberi perhatian yang serius dalam memberikan kebajikan OKU. Supaya penderitaan keluarga OKU dapat dibela dan saksama sama seperti warga yang lain.
27 Jun 2014
Wardina : Kekangan masa ibu bapa OKU yang bekerja
PENEMUAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, pada Sabtu lalu, di Flat Semarak, Nilai, mendapat perhatian seluruh masyarakat.
Di saat masing-masing sedang membuat andaian sendiri, kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, mengenai nasib remaja OKU ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Wardina menerusi Instagram, berkata perkara ini berpunca daripada ibu bapa remaja OKU yang tidak diberikan bantuan.
Malah, Wardina turut membandingkan sistem pengurusan kerajaan dan polisi negara ini dengan tempat kediamannya, Australia.
Walaupun ada yang menyokong tindakan Wardina yang dilihat lantang bersuara, namun ada juga yang memandang negatif terhadap kenyataan selebriti ini.
Malah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, membidas kenyataan Wardina dan memberitahu bahawa kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keperluan remaja berkenaan dipenuhi.
Meskipun dikritik, dicemuh dan menerima tohmahan, namun Wardina tetap positif dan berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini.
"Perasaan saya tidak penting. Yang penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU.
"Jangan tanya saya, tanyalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, bagaimana perasaan mereka sepanjang menjaga anak-anak istimewa ini.
"Tanya juga kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan perkara ini seperti Orkids.
"Saya pernah bekerjasama dengan mereka," katanya menerusi perbualan di Facebook miliknya.
Kongsi kisah rakan
Dalam pada itu, Wardina juga turut berkongsi kisah rakannya di Facebook yang perlu menjaga suaminya yang berstatus OKU.
Menerusi tulisan itu, suaminya dikatakan mengidap sejenis penyakit kulit bersisik (Psoriasis) dan bengkak sendi seluruh badan (rheumatod arthritis) yang kronik, terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, dia turut menyokong pendapat Wardina yang dilihat dapat membantu dalam menyedarkan kerajaan mengenai kesukaran untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Selain itu, menerusi tulisan itu, pemilik akaun bernama, Khairun Darwani Khairuddin, permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM bukanlah semudah yang disangka.
Menurutnya, untuk mendapatkan bantuan RM300 sebulan, permohonan mereka akan disaring dan sekiranya ibu bapa anak-anak OKU bekerja, peluang untuk mendapatkannya sukar.
"Bagi yang layak pula, mereka terpaksa membawa anak-anak OKU ini menghadiri kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekurang-kurangnya lapan kali sebulan.
"Agak tidak logik untuk membawa anak-anak OKU yang terlantar sakit, tambahan pula kekangan masa ibu bapa yang bekerja," katanya.
Di saat masing-masing sedang membuat andaian sendiri, kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, mengenai nasib remaja OKU ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Wardina menerusi Instagram, berkata perkara ini berpunca daripada ibu bapa remaja OKU yang tidak diberikan bantuan.
Malah, Wardina turut membandingkan sistem pengurusan kerajaan dan polisi negara ini dengan tempat kediamannya, Australia.
Walaupun ada yang menyokong tindakan Wardina yang dilihat lantang bersuara, namun ada juga yang memandang negatif terhadap kenyataan selebriti ini.
Malah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, membidas kenyataan Wardina dan memberitahu bahawa kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keperluan remaja berkenaan dipenuhi.
Meskipun dikritik, dicemuh dan menerima tohmahan, namun Wardina tetap positif dan berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini.
"Perasaan saya tidak penting. Yang penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU.
"Jangan tanya saya, tanyalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, bagaimana perasaan mereka sepanjang menjaga anak-anak istimewa ini.
"Tanya juga kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan perkara ini seperti Orkids.
"Saya pernah bekerjasama dengan mereka," katanya menerusi perbualan di Facebook miliknya.
Kongsi kisah rakan
Dalam pada itu, Wardina juga turut berkongsi kisah rakannya di Facebook yang perlu menjaga suaminya yang berstatus OKU.
Menerusi tulisan itu, suaminya dikatakan mengidap sejenis penyakit kulit bersisik (Psoriasis) dan bengkak sendi seluruh badan (rheumatod arthritis) yang kronik, terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, dia turut menyokong pendapat Wardina yang dilihat dapat membantu dalam menyedarkan kerajaan mengenai kesukaran untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Selain itu, menerusi tulisan itu, pemilik akaun bernama, Khairun Darwani Khairuddin, permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM bukanlah semudah yang disangka.
Menurutnya, untuk mendapatkan bantuan RM300 sebulan, permohonan mereka akan disaring dan sekiranya ibu bapa anak-anak OKU bekerja, peluang untuk mendapatkannya sukar.
"Bagi yang layak pula, mereka terpaksa membawa anak-anak OKU ini menghadiri kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekurang-kurangnya lapan kali sebulan.
"Agak tidak logik untuk membawa anak-anak OKU yang terlantar sakit, tambahan pula kekangan masa ibu bapa yang bekerja," katanya.
Punca Sebenar Kematian Awal Krew Dan Penumpang MH370 Didedahkan
SYDNEY - Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.
Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut.
Menurut laporan itu, kegagalan komunikasi dan corak penerbangan stabil yang menyerupai cara penerbangan pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan krew telah meninggal dunia lebih awal, dipercayai akibat sesak nafas.
Selain itu laporan tersebut menjelaskan, beberapa petunjuk luar biasa yang ditinggalkan sepanjang laluan penerbangan pesawat berkenaan dan tiada campur tangan juruterbang juga diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan berkenaan."
Berdasarkan penilaian tersebut, situasi terakhir yang menunjukkan tiada maklum balas daripada krew atau kejadian kekurangan oksigen dilihat sebagai bukti terbaik untuk menjelaskan senario yang berlaku pada tempoh akhir penerbangan pesawat MH370 ketika menuju ke arah selatan (Lautan Hindi)," jelas lapor itu tanpa menjelaskan punca semua penumpang dan krew sesak nafas.
Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan bahawa kesimpulan berkenaan dibuat bagi mengecilkan skop pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengumumkan lokasi pencarian baharu pesawat MH370 bermula Ogos depan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi, melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.
Pencarian di kawasan tersebut yang dikenali sebagai 'arka ketujuh' (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit) akan dimuktamadkan dalam tempoh setahun. ~AFP
Langgan:
Catatan (Atom)