KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan memohon peruntukan bagi bajet tambahan sebanyak RM4.112 bilion berpunca dari salah urus kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail ketika dihubungi menyelar tindakan tersebut yang jelas menurutnya
menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara dengan baik.
menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara dengan baik.
“Ini berpunca daripada rasuah dan sikap boros kerajaan, mereka sama sekali gagal mengurus kewangan negara dengan baik dan berhemah.
“Akibatnya mereka sering memohon belanjawan tambahan,” jelas Azan yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu.
Permohonan bagi belanjawan tambahan itu dibuat hanya selepas lapan bulan kerajaan membentangkan belanjawan fiskal berjumlah RM264.2 bilion untuk tahun 2014.
“Tindakan terbaru itu menyebabkan hutang negara mengatasi 55 peratus paras siling hutang yang dibenarkan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.
Jelas beliau, rakyat terpaksa menangung beban tersebut dengan dikenakan cukai baru atau peningkatan nilai cukai oleh kerajaan
bagi tujuan mendapatkan kembali dana bagi membayar semula hutang tersebut.
bagi tujuan mendapatkan kembali dana bagi membayar semula hutang tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, bacaan kedua rang undang-undang belanjawan tambahan itu disasarkan untuk dilakukan pada minggu depan.
Najib sebelum ini dikritik apabila membazirkan sejumlah RM72 juta bagi membawa panda ke negara ini.
Negara kini membelanjakan RM27.6 juta untuk minyak, makanan dan logistik dalam misi mencari dan menyelamat MH370. KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan