SPECIAL ADS

20 Jun 2014

Kehilangan MH370 Angkara Amerika – Imam Muda Azlan

Kehilangan pesawat MH370 adalah satu berita besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.
Tidak hairanlah begitu banyak teori konspirasi di sebalik kejadian ini dikongsikan dari masa ke semasa.
Sesetengahnya disebarkan melalui media cetak dan elektronik tetapi lebih banyak lagi, tersebar melalui dunia siber tanpa sempadan – biasanya, teori yang terlalu ‘kontroversi’ untuk ditulis oleh media arus perdana.
Antara yang berkongsi teori kontroversi ini adalah Imam Muda Azlan menerusi status Facebooknya semalam.
Melalui beberapa status antara teori IM Azlan berkaitan MH370 adalah pesawat itu sudah tenggelam di Diego Garcia angkara Amerika Syarikat dan kebanyakan cerita yang dipaparkan di media massa selama ini tidak benar demi melindungi penglibatan negara ini.
1
2
3
5
4
IM Azlan turut meminta keluarga penumpang tidak lagi mengharapkan kepulangan orang yang mereka sayangi tetapi mendoakan mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kata IM Azlan, semua ini berpunca daripada emas yang dibawa oleh pesawat ini.
imam muda azlan
Sebenarnya, memang terlalu banyak teori yang berlegar di laman siber berkaitan MH370.
Bagaimanapun yang menjadi persoalan hingga sekarang adalah bukti yang mampu merungkai kejadian sebenar di sebalik kehilangan pesawat ini.
Sama-samalah kita doakan kebenaran akan terungkai jua satu hari nanti. #mynewshub
Oleh: REM RAMZI

Tiada ulasan: