SPECIAL ADS

12 Jun 2014

Penerbit hasilkan filem MH370, pelawa sumbangan umum

Satu lagi filem mengenai kehilangan MH370 akan diterbitkan dengan menggunakan pembiayaan daripada sumbangan orang ramai. Gambar fail The Malaysian Insider.
Kehilangan penerbangan MH370 menarik sebuah lagi syarikat penerbitan untuk menghasilkan filem berjudul ‘Malaysia 370’ dalam usaha merungkai misteri tersebut.
Filem itu dijangka memulakan penggambaran pada Ogos ini dan dibiayai secara bebas menerusi sumbangan orang ramai.
"Malaysia 370 adalah 100% filem bebas dibiayai menerusi sumbangan orang ramai yang mahu menonton filem ini," kata pembikin filem tersebut, The Masiah Initiative Production dalam satu kenyataan hari ini.
Penggambaran yang akan dibuat di Los Angeles dan memaparkan latar belakang Asia itu, pihak penerbit juga berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan Amerika Syarikat.
"Filem ini berdasarkan cerita sebenar kehilangan pesawat dan teori popular yang dilontar oleh mereka yang menerima kesa daripada tragedi misteri ini," katanya.
Penerbit itu berkata, semua individu yang memberi sumbangan akan diberi penghargaan sebagai "penyumbang" dalam filem tersebut.
Maklumat lanjut dan skrip mengenai filem tersebut boleh diperoleh di laman web rasmi mereka, www.370film.com.
Filem yang bakal dihasilkan itu bercorak fakta dan fiksyen.
Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan.
Sehingga hari ini, bangkai pesawat dan mayat penumpang masih belum ditemui. TMI

Tiada ulasan: