SHAH ALAM : Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pahang digesa untuk tidak membenarkan sebarang cadangan membina pusat perjudian lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pusat kasino sedia ada sudah membawa kemudaratan kepada negara dan diharapkan perkara berkenaan tidak berulang
“Cukuplah kerana yang sedia ada sudah mendatangkan banyak musibah dan perkara yang bercanggah kepada masyarakat serta umat Islam.
“Bagi kita kasino yang dicadangkan itu bukan benda baru kerana pada 2001 pernah disuarakan dan kita menentang di peringkat Dewan Undangan Negeri.
“Kita berharap Kerajaan Pahang tidak akan meluluskan hasrat itu di Pahang mahupun mana-mana negeri di Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.
Tegasnya, pihak media perlu memainkan peranan dalam perkara ini dan bukan sahaja memaparkan berita mengenai isu halal haram yang bersangkut paut dengan makanan semata-mata.
Sebelum ini umat Islam di Malaysia tidak berpuas hati mengenai dakwaan kewujudan DNA babi dalam makanan.
“Kita tengok memang realiti begitu, sentimen tinggi dengan makanan sedangkan perjudian merupakan antara perkara yang diharamkan dalam Islam.
“Faktor yang melonjakkan emosi rakyat adalah media, isu ini akan senyap begitu sahaja,” tambahnya lagi.
Dalam satu laporan yang dipetik The Business Times in Malaysia, didakwa pusat kasino kedua terbesar di negara itu akan dibina dengan pelaburan sebanyak RM3 bilion. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan