SPECIAL ADS

11 Jun 2014

Sistem 4G tingkat rangkaian WiFI Selangor

daroyah
SHAH ALAM : Selangor tidak mahu terlepas menjadi peneraju kepada kemajuan perkhidmatan telekomunikasi yang mampu memberi manfaat menyeluruh buat rakyat negeri itu.
Selangor bercadang membangunkan infrastruktur telekomunikasi berintegriti menggunakan teknologi terkini ‘Optical Distributed Antenna System’ (ODAS) bagi keperluan berkenaan.

tekno
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata strutktur telekomunikasi yang disambungkan dengan gentian fiber optik itu menyokong liputan rangkaian 4G LTE (Long Term Evolution).
Katanya, hal itu secara tidak langsung menjayakan hasrat Kerajaan Negeri melebarkan lagi perkhidmatan WIFI percuma kepada rakyat
termasuk liputan kamera litar tertutup (CCTV).
“Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pengawal selia akan mengariskan satu dasar tertentu yang akan dibentangkan kelak. Selain memperhebat perkhidmatan WIFI percuma, CCTV ini juga berperanan menjayakan hasrat Selangor menjadi bandar selamat, yang
mana segala polisi dan penggunaan berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat.
“Cadangan ini akan dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan melalui standco Sains Teknologi dan Inovasi,” katanya ketika merumuskan kertas cadangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi berintegriti pada Majlis Dialog Belanjawan 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alan (SACC), di sini, semalam.
Cadangan itu dibentangkan Pengarah Urusan Kumpulan Stealth (Stealth Solution Sdn Bhd), Datuk Amirul Hisyam Alias, yang mana 4G LTE atau “4G” atau “LTE”, singkatan untuk Evolusi Jangka Panjang merujuk kepada generasi keempat standard data komunikasi tanpa wayar.
Teknologi itu akan membantu memenuhi permintaan untuk kelajuan sehingga 10 kali ganda daripada rangkaian sebelumnya seperti 3G untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, netbook, komputer riba dan hotspot tanpa wayar.
Teknologi 4G direka untuk memberikan IP berasaskan suara, data dan multimedia streaming pada kelajuan sekurang-kurangnya 100 Mbit sesaat dan sehingga secepat 1 Gbit sesaat.
Sehubungan itu, Daroyah berkata, pelaksanaan 4G LTE juga membantu memulihkan lanskap jaringan WiFI di Selangor yang selama ini dicemari dengan kewujudan struktur dan menara pemacar di bumbung premis dan bangunan.
Katanya, semua struktur pemancar dan berkenaan dengannya akan dibina di dalam tiang lampu dan daripada luar ia kelihatan jauh lebih kemas serta tidak ada lagi struktur juga kerangka besi yang menyakitkan mata memandang.
“Kerajaan Negeri selaku tuan punya tanah perlu mengambil peluang menjana pendapatan melalui pembinaan struktur telekomunikasi yang dicadangkan.
“Ini kerana penyedia perkhidmatan telekomunikasi TelCo yang ada di negara ini masing-masing berebut mendirikan tiang untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi mereka.
“Jika cadangan itu dilaksanakan, Kerajaan Negeri akan memperoleh pendapatan sewa tapak telekomunikasi daripada TelCo yang dijangka berbilion ringgit, manakala PBT dan masjid juga akan menerima pendapatan daripada pembinaan struktur itu,” katanya. SKini

Tiada ulasan: