Sebuah klip promo rancangan realiti tersebar di laman media sosial sejak beberapa hario lepas. Promo itu dipercayai untuk program ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.
Rancangan yang sudah memasuki musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013. Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.
Yang mengejutkan apabila maklumat promo dan perbualan peserta program itu menyebut Malaysia sebagai lokasi penggambaran. Episod yang dikatakan dirakam di Malaysia itu ditayangkan pada 13 April 2014.
Berdasarkan maklumat pada promo, kedua-kedua peserta itu bernama Fernando Calderon, anggota bomba dan Samantha Pearson, ibu tunggal.
Yang menjadi persoalan, bolehkah penggambaran seperti ini dibuat di Malaysia? Siapa yang membenarkan penggambarannya? -DCM
Apa sudah jadi Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan