SPECIAL ADS

10 Jun 2014

'Bunian' mana di belakang enakmen Johor?

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini membangkitkan persoalan berhubung siapa di belakang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 yang dilulus selepas kontroversi semalam.

“Seandainya betul sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno (Datuk Seri) Khaled Nordin?

“Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Menulis dalam blognya, Kadir membangkitkan sama ada ia “cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib” era Datuk Seri Najib Razak?

“Sorong papan tarik papan. Buah keranji di dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu,” sindirnya.

Kadir juga memetik kenyataan Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli bahawa sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu dan dikarang oleh kerajaan.

“Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi,” tambahnya selepas itu. MK
 

Tiada ulasan: