SPECIAL ADS

6 Jun 2014

Cadangan undang-undang harta tidak sah jika Sultan Johor masuk pentadbiran negeri, kata pakar

Rang Undang-Undang itu akan memberi kuasa kepada Sultan atas akaun institusi itu dan berhak campur tangan secara langsung dalam hal pembangunan hartanah di Johor. - Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Jun, 2014.
Kesahihan Rang Undang-undang bagi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), boleh dicabar di mahkamah kerana ia akan menjadikan Sultan Johor sebahagian daripada eksekutif kerajaan, kata peguam Perlembagaan.
Mereka berkata, sistem tadbir urus seperti di Malaysia iaitu raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, di mana kedudukan para ketua negeri berada di atas.
Para peguam berkata, ia adalah eksekutif (menteri besar dan Majlis Eksekutif) yang bertanggungjawab terhadap badan perundangan negeri dan ketua negari tidak harus diseret terlibat dalam urusan pentadbiran harian negara.
Ketua-ketua negari bertindak sebagai mekanisme pengawasan dan hanya boleh memberi nasihat kepada eksekutif. Ini merujuk kepada laporan bahawa Johor akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran negeri jika Rang Undang-undang diluluskan oleh DUN minggu depan.
Rang Undang-Undang itu akan memberi kuasa kepada Sultan atas akaun institusi itu dan berhak campur tangan secara langsung dalam hal pembangunan hartanah di Johor.
Rang Undang-Undang itu juga mengandungi peruntukan yang memberi kuasa kepada sultan membubarkan ahli lembaga pengarah institusi dan membuat pelantikan baru.
Peguam R Kengadharan berkata, Rang Undang-Undang bertentangan dengan semangat Perlembagaan persekutuan dan Johor.
Katanya sebagai raja berperlembagaan, raja berada di atas politik dan termasuk sebagai sebahagian daripada pentadbiran negeri dan ini bertentangan dengan Perlembagaan negeri.
"Walaupun Rang Undang-undang menjadi undang-undang, Perlembagaannya boleh dicabar di Mahkamah Undang-undang," katanya.
Kengadharan berkata Rang Undang-Undang membuka jalan kepada orang awam mengkritik sultan kerana rakyat mempunyai hak untuk meneliti  serta memantau kerajaan yang mereka pilih.
"Keadaan seperti ini perlu dielakkan sama sekali kerana peranan sultan yang simbolik,"katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata adalah menjadi persoalan sama ada Sultan akan menyelia lembaga pengarah, terutamanya mengenai hal kewangan.
"Adakah raja bertanggungjawab jika terdapat salah urus wang atau penyalahgunaan kuasa?" soal beliau.
Paulsen juga berkata Rang Undang-undang menimbulkan persoalan kerana Sultan dilaporkan terlibat dalam penjualan tanah kepada pelabur luar negara dan ahli perniagaan tempatan.
Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal Islam dan apa-apa penglibatan yang lain adalah bertentangan dengan konsep institusi diraja dan demokrasi berparlimen.
"Kerajaan yang dipilih bertanggungjawab terhadap semua dasar-dasar pentadbiran kecuali isu agama," kata Abdul Aziz sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia dalam satu respons berkenaan rang undang-undang yang dicadangkan.
Beliau berkata, menteri besar dan majlis exconya yang perlu bertanggungjawab apabila mereka dipersoalkan dalam DUN.
"Dalam hierarki, raja-raja Melayu diletakkan di atas dan mempunyai kuasa ke atas agama, tetapi hal-hal pentadbiran negeri tidak termasuk dalam bidang kuasa mereka," katanya.
Beliau berkata adalah pemerintah yang berkuasa untuk kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat baru setiap lima tahun.
"Jika urus tadbir mereka cacat, siapa yang perlu bertanggungjawab? Itulah yang menjadi isu," soal beliau. TMI

Tiada ulasan: