SPECIAL ADS

28 Jun 2014

Surat Wardina Safiyyah : Malaysia Abai OKU

Wardina Safiyyah

Nampaknya bukan sekali dua Wardina mengulas tentang isu yang dikaitkannya dengan agama dan bukan sekali dualah juga apa yang dihentam itu dikembalikan padanya.

Disebabkan statusnya sebagai selebriti, apa yang ditulis Wardina di laman sosial peribadinya dibaca ramai orang namun apabila ada yang membalas semula pemikirannya itu, diharap Wardina tidak melenting kerana pihak yang dikritik olehnya secara terbuka itu sudah pasti mempunyai hak untuk menjawab juga secara terbuka.

Wardina Safiyyah [2]

Sebagai contoh, jawapan seorang kakitangan kerajaan di bawah apabila Wardina tidak habis-habis menyalahkan kerajaan termasuk apabila merujuk kepada kes remaja OKU dikurung ibunya tanpa makanan dan penjagaan mencukupi baru-baru ini:

Wardina Safiyyah [3]

Ini pula, pembetulan tentang kisah Kerajaan Australia yang dikatakan Wardina begitu bermurah hati terhadap ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Kerajaan Malaysia.

Wardina Safiyyah [4]

Terbaru, surat terbuka daripada seorang Hamba Allah yang ditujukan kepada Wardina tersebar di media siber.

Penulis surat ini antara lain meminta agar Wardina tidak membutakan hati terhadap kebaikan yang telah disalurkan kerajaan kepada golongan memerlukan semata-mata kerana satu kes terpencil.

Berikut adalah isi kandungan surat tersebut:

Kehadapan Ustazah Wardina.

Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.

Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?

Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata & hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.

Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.

Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.

Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah. Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.

Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.

Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.

Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?

Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia.

Diharapkan selepas ini, Wardina akan terus berkongsi pandangannya tentang isu semasa. Bagaimanapun dia mesti lebih hati-hati jangan sampai berat sebelah dan terburu-buru dalam menyampaikan pandangan.

Jika tidak, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap golongan artis yang telah melakukan penghijrahan sepertinya sebagai ekstrim dan cenderung menghentam kerajaan dari segala segi.

P/S: Atas rentetan remaja OKU dikurung ibunya, isu ini diperbahaskan banyak pihak. Ada yang negatif dan ada positif:  Dalam perkara ini telah menampakkan perhatian masyarakat oleh segenap lapisan.
Selama ini kes OKU dianggap terpencil.

Hakikatnya, dalam kes tertentu  OKU adalah seorang insan yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupannya. Ini kerana mereka mempunyai kecacatan yang serius seperti kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, masaalah pembelajaran,  kurang upaya pertuturan, kurang upaya mental dan lain-lain lagi.

Pada masa ini difahamkan, mereka OKU hanya diberi bantuan kewangan oleh Kerajaan melalui Program Pemulihan Komuniti (PDK) didalam sesuatu kawasan sebanyak RM150 dan RM300 seorang.
Memangla Kerajaan ada membantu.

Berbalik kepada kenyataan Wardina, membandingkan dengan program OKU di Australia yang mengambil berat warga OKU mereka.

Mengikut kajian, betapa ibubapa OKU sebenarnya memang mempunya tekanan yang berat dalam menjalani kehidupannya. Mereka perlu membahagikan masa yang lebih kepada OKU. Dalam kes tertentu kadangkala salah seorang anggota keluarganya langsung tidak boleh bekerja, semata-mata untuk menjaga dan memberi perhatian kepada OKU. Pengorbanan mereka amat berat. Kehidupannya diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata mereka yang mempunyai anak OKU adalah berpendapatan rendah.

Inilah sebabnya Wardina memberikan pandangannya supaya didengari oleh Kerajaan, supaya Kerajaan memberi perhatian yang serius dalam memberikan kebajikan OKU.  Supaya penderitaan keluarga OKU dapat dibela dan saksama sama seperti warga yang lain.

Tiada ulasan: