SPECIAL ADS

22 Jun 2014

MPM gesa Kerajaan jangan ada lagi IPP


Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak Putrajaya supaya tidak ada lagi pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ini ekoran tindakan YTL Power International Bhd menarik diridaripada projek loji tenaga yang digelar 'Projek 4A' benilai RM3 bilion di Johor yang dianugerahkan secara langsung kepada sebuah konsortium yang melibatkan syarikat itu dan juga firma Sultan Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Setiausaha Agung MPM, Hasan Mad berkata kerajaan sebaliknya harus kembali kepada keadaan sebelum ini di mana TNB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjanaan kuasa.

"Selepas YTL menarik diri, tiada lagi kontroversi dan kerajaan sepatutnya mengambil peluang ini dan memberikan projek kepada TNB sendiri," kata Hasan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah perkara ini hendaklah diteruskan dalam setiap projek jana tenaga di masa hadapan.

MCC berkata ia merupakan kumpulan payung yang mewakili lebih 400 NGO Melayu.

YTL berdepan dengan tekanan hebat, terutama tentang bagaimana ia mendapat projek secara langsung daripada kerajaan tanpa tender terbuka.

Bagaimanapun, Hasan berkata IPP sedia ada yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan haruslah dibenarkan beroperasi sehingga kontrak mereka tamat.

Hasan berkata TNB telah membuktikan mereka mempunyai pengalaman dan keupayaan menangani projek janaan tenaga berskala mega ini dan berhak mendapat peluang menguruskannya.

"Berdasarkan kapabiliti itu, TNB diiktiraf dan membangunkan projek penjanaan tenaga di beberapa negara lain.

"Justeru, jika sekiranya negara lain mengiktiraf kapabiliti TNB, mengapa tidak negara sendiri?" kata beliau.

Beliau menambah bahawa utiliti merupakan hal keselamatan negara yang tidak sepatutnya diswastakan.

Hasan turut mempertikaikan kekurangan peluang untuk vendor bumiputera apabila IPP dianugerahkan kepada pemain bukan bumiputera seperti YTL. MK

Tiada ulasan: