SPECIAL ADS

11 Jun 2014

Skandal geran MOSTI: PM & Menteri mesti buat akuan bersumpah

Rafizi
KUALA LUMPUR  : Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Ewon Ebin membuat akaun bersumpah berhubung skandal geran MOSTI.
Ini berikutan satu surat yang diminitkan oleh PM kepada Menteri MOSTI yang memberi sokongan agar dana bernilai RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn. Bhd.
“Saya gesa Najib Razak dan Ewon Ebin buat akaun bersumpah bahawa surat itu adalah palsu.
“Seperti kebiasaan kedua-dua mereka mendiamkan diri malah tak beri sebarang respon kepada desakan saya itu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Sebelum ini, geran di bawah MOSTI yang sepatutnya digunakan untuk memacu aktiviti R&D telah disalahgunakan untuk membiayai projek komersil yang tidak pasti nilai keberhasilannya.
Justeru, kata beliau kedua-dua surat yang didedahkan dapat disahkan sebagai sahih oleh kerana soalan yang dikemukan kepada Dewan Rakyat ditolak semalam.
Tambah Rafizi, beliau akan terus mendedahkan beberapa dokumen lain yang mengesahkan bahawa syarikat tersebut sebenarnya tidak layak untuk menerima geran sebanyak RM100 juta.
Tambahnya lagi, telah berlaku salahguna di dalam pentadbiran pemberian geran apabila geran-geran yang diberikan kepada syarikat atau projek yang tiada nilai tambah R&D.
“Penyelewengan geran seperti ini dan selama ini tidak disiasat, perkara seperti ini wajar disiasat secepat mungkin,” tegasnya.

Tiada ulasan: