Malaysia Airlines Rugi Lagi Awal 2014 (RM443 Juta) : Sudah ibarat jatuh ditimpa tangga bagi Malaysia Airlines (MAS). Tidak cukup dengan tragedi MH370 (KLIK SINI) yang telah menggemparkan 27 juta rakyat Malaysia malah seluruh dunia, Malaysia Airlines (MAS) terus menerus dalam keadaan tertekan apabila Malaysia Airlines terus rugi pada suku pertama tahun 2014 sejumlah RM443 juta.
Nampaknya ungkapan prestasi rugi, rugi dan rugi dengan Malaysia Airlines seperti berpisah tiada ibarat irama dan lagu. Sukar untuk dipisahkan sekarang ini…..
Malaysia Airlines (MAS) Rugi Lagi RM443 Juta : Malaysia Airlines VS Singapore Airlines
Jikalau dahulu Malaysia – Singapore Airlines pernah beroperasi pada satu anam sekitar tahun 1963, sekarang ini setelah berpisah :
- Singapore Airlines terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan keuntungan demi keuntungan diraih.
- Manakala Malaysia Airlines terus memikul beban kerugian saban masa dan tahun demi tahun
Terbaru, pemegang saham utama Malaysia Airlines iaitu Khazanah Nasional Berhad sudah berkira-kira untuk
- menjual Malaysia Airlines (MAS)
- suntikan modal (guna wang pembayar cukai iaitu daripada anda)
- pengisytiharan bankrap
Ada yang berminat? Adakah Tan Sri Syed Mokhtar berpeluang sekali lagi harta milik kerajaan bagi melebarkan lagi empayar perniagaan (SEPERTI DI SINI) sekaligus menambah hutang yang dijamin kerajaan? Mungkin?
Malaysia Airlines (MAS) : SIA VS Airasia VS Malindo VS MAS
Cuba bandingkan dengan MAS dengan SIA, AirAsia dan Malindo.
- Kenapa Singapore Airlines boleh berjaya membuat 4 penerbangan setiap hari ke kota London walaupun penduduknya sedikit, sedangkan kita Malaysia Airlines (MAS) dua kali sehari sahaja?
- Kenapa AirAsia yang baharu setahun jagung di dalam industri penerbangan boleh mencatat keuntungan?
- Kenapa syarikat baharu seperti Malindo menjangkakan akan mencatatkan keuntungan?
Punca Malaysia Airlines Kerap Rugi Setiap Tahun?
- Kos operasi MAS sangat tinggi
- Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA)
- Jikalau gaji di SIA RM12, gaji di MAS lebih banyak lagi. Maknanya SIA yang kaya tidak bayar gaji sebanyak MAS
- Pengurusan tertinggi Malaysia Airlines (MAS) lemah. Berbanding AirAsia dan Malindo adalah syarikat yang dipimpin oleh tokoh korporat yang jiwanya bernafas dengan misi dan visi syarikat
- Sistem pemasarannya lemah
- Kualiti perkhidmatannya rendah. Banyak yang rendahnya. Soal penyediaan kemudahan atas pesawat, jauh bezanya dengan Emirates atau SIA
- Lagi punca kerugian Malaysia Airlines ditelanjangkan oleh pakar (DI SINI)
Jadi, apabila pengurusannya lemah, pemasarannya lemah dan kualiti perkhidmatannya lemah, maka susahlah bagi MAS untuk bersaing dalam pasaran yang semakin sengit. Penumpang mempunyai banyak pilihan pesawat yang lain.
Tampaknya semakin ada kebenaran kajian para penganalisis ekonomi yang mengatakan “MAS should be declared bankruptcy soon“, seperti ana yang pernah dilakukan dahulu oleh Japan Airlines beberapa tahun dahulu. Masih ingat lagi.
P/S : Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research), Grace Chew menjangkakan kerajaan Malaysia perlu membayar pampasan sejumlah sehingga RM318 juta kepada Brahim’s (kepunyaan Datuk Ibrahim bin AHMAD BADAWI), jika MAS menghentikan operasinya serta merta selepas mengistiharkan muflis kerana syarikat pembekalan makanan itu telah berjaya memeterai perjanjian dengan MAS untuk konsesi bagi tempoh selama 25 tahun. 25 tahun perjanjian? Hebat……..Siapa yang “kenyang” akhirnya?
beritasemasa.com
beritasemasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan