Perkara dibimbangi antaranya apabila kerajaan cuba membawa masuk ekspatriat dan ketua pegawai eksekutif (CEO) luar ke negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Nizam Marshad berkata langkah kerajaan untuk membawa seramai 2.1 juta kumpulan itu "terlalu besar", sekali gus menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.
Menurutnya, dalam RMK-10 yang dilaksanakan melalui ETP, dalam rancangan itu populasi KL mahu ditambah daripada enam kepada 10 juta orang.
"Sepatutnya kerajaan membangunkan bakat tempatan atau kepakaran sedia ada tidak digunakan. Jumlah 2.1 juta adalah terlalu besar," katanya dalam sidang media petang ini sebagai sebahagian resolusi meja bulat mengenai ekonomi bumiputera hari ini.
Ulasan itu dibuat selepas MTEM, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan 22 NGO lain mengadakan sidang meja bulat membincangkan dasar kerajaan yang didakwa menghalang pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini.
Resolusi meja bulat itu dibentang oleh Naib Presiden PERKASA Dr Zubir Ibrahim sebelum itu yang mahu dasar liberalisasi tidak diteruskan dalam rancangan RMK-11 kerana didakwa menghalang kemajuan dan tidak menguntungkan bumiputera.
Dr Zubir pula menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "menyusu kera di hutan".
Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan YDP Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim.
Ibrahim kemudiannya mencelah dan menyebut:
"Ia umpama orang luar diberi Milo, orang tempatan diberi minum air kosong'". MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan