SPECIAL ADS

16 Jun 2014

MH370: Kehilangan Pesawat Dirancang Dengan Teliti

The Truth Behing The Loss of Flight 370 [2]

Terbaru, seorang juruterbang telah menulis secara bersama menulis sebuah buku mendakwa kehilangan pesawat itu telah disengajakan dan dirancang dengan teliti, menurut laporan The Independent.

Buku itu bertajuk “Good Night Malaysia 370 : The Truth Behing The Loss of Flight 370” ditulis oleh juruterbang Ewan Wilson dan wartawan dari New Zealand Geoff Taylor.

Menurut laporan itu, pasangan itu juga menulis bahawa pesawat MH370 secara faktanya memang berakhir di Lautan Hindi dan ia adalah untuk menghapuskan sebarang bukti salah laku dan penyelewengan.

The Truth Behing The Loss of Flight 370
Menurut Wilson, ia adalah kali pertama satu analisis lengkap berkaitan kehilangan pesawat itu dihasilkan termasuk laluannya juga siapa yang dipercayai mereka bertanggungjawab apabila peswat itu memasuki Lautan Hindi.

“Kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian dunia dan juga telah mengejutkan semua orang termasuk jalan ceritanya,” katanya.

Bagi Taylor, kehilangan pesawat MH370 bukanlah suatu nahas kerana ia telah benar-benar dirancang secara teliti dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Pada 15 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman bahawa sistem mengesan pesawat berkenaan iaitu transponder telah secara sengaja dimatikan.

100 Hari Yang Paling Menyakitkan

100 Hari Yang Paling Menyakitkan
Semalam, genap 100 hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas semasa dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata tempoh 100 hari itu adalah satu tempoh panjang yang amat menyakitkan bagi syarikat penerbangan Malaysia itu.

Ahmad Jauhari berkata, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu tidak pernah dilupakan syarikat itu walaupun lokasinya ketika ini masih belum diketahui.

“Ini menjadi tempoh 100 hari paling panjang dalam sejarah sejak kehilangan pesawat MH370,” katanya, dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.

“Doa dan harapan kami bersama anggota keluarga 239 penumpang. Mereka sentiasa berada dalam fikiran kami sejak 100 hari lalu,” katanya.

Beliau berate, MAS akan terus mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat berkenaan.

“Malaysia Airlines akan terus berharap untuk mencari jawapan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370,” katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.

Antara negara yang terlibat dalam misi pencarian yang dikoordinasikan Malaysia termasuklah Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Majoriti penumpang pesawat malang itu adalah warganegara China.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi terlibat dari Malaysia, Australia dan China dan negara-negara lain yang tampil membantu mencari dan mengesan MH370.

“Meskipun pelbagai usaha dilakukan sejak 100 hari lalu, misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai,” katanya.

Sumber: Mynewshub.my

Tiada ulasan: