SPECIAL ADS

11 Julai 2014

Rejim Zionis Diboikot Oleh Dunia

Ketika rejim zionis bersungguh-sungguh membedil Semenanjung Gaza dan Palestin, rupa-rupanya ada ketakutan wujud dalam diri rejim laknat itu berikutan tindakan boikot yang sudah mula diambil penduduk dunia ke atas produk yang ada kaitan dengan mereka.
Perdana Menteri zionis Benjamin Netanyahu menganggap kempen memboikot atau memulaukan produk mereka adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan, demikian menurut laporan Sinar Harian.
Ketika ini kedengaran ancaman dari beberapa negara antaranya Britain memaksa Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar kabinetnya untuk mencari jalan penyelesaian.
“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel, maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” katanya menurut laporan Jerusalem Post.
Terdahulu, pada Februari lepas Setiuasaha Negara Amerika Syarikat John Kerry turut menyuarakan ancaman boikot oleh negara Uncle Sam itu tetapi jika rundingan damai antara Israel dan Palestin gagal.
“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.
Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.
Menteri Kewangan rejim Yair Lapid turut mengingatkan beberapa kali bahawa jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari negara-negara Eropah, maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.
Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz pula beranggapan, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.
“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini satu ugutan,” katanya.
Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.
“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri, Dunia sedang memerhati Amerika dalam rundingan damai ini.
“Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggungjawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Tiada ulasan: