SPECIAL ADS

24 Julai 2014

Media S'gor lapor tinjauan 80% sokong MB

Ketika PKR mengumumkan akan menggantikan Menteri Besar Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, media rasmi negeri Selangorkinimelaporkan beliau terus mendapat sokongan rakyat.

Memetik sebuah tinjauan Internet sejak semalam di poll.pollcode.com, Selangorkini melaporkan Abdul Khalid mendahului dengan peratusan tinggi.

“Setakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar,” lapor Selangorkini.

Dengan kapsyen “Suara Rakyat Selangor”, undian itu dilapor meletakkan tiga pilihan lain – Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Azmin Ali dan pilihan terakhir semua DUN dibubarkan.

Selangorkini melaporkan Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11 peratus), Azmin 75 (2 peratus) sementara 241 lagi (7 peratus) memilih DUN Selangor dibubarkan.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan memilih Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. Keputusan itu sudah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP.

Selangorkini melaporkan, pengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara itu menerima reaksi kurang senang rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.

Tinjauan portal itu semalam juga dikatakan mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai rekod kerja cemerlang dan bersih sehingga kini. MK

Tiada ulasan: