2 nahas MAS dalam 4 bulan adalah hampir mustahil. Saya masih tertunggu-tunggu satu teori mengenai nahas MH 17, tetapi masih belum jumpa. Setakat ini ialah andaian MH 17 ditembak oleh pihak Russia, Ukraine atau pemisah Ukraine menggunakan SAM atau oleh SU 25 Ukraine menggunakan AAM.
Belum terjumpa lagi teori mengatakan apabila MH 17 masuk ruang udara Ukraine, sistem elekronik MH 17 menghadapi masalah menyebabkan MH 17 tidak menghantar kod sebagai pesawat komersial, komunikasi terputus, pesawat Ukraine hantar SU 25 untuk pengesahan, sistem radar BUK mengesan pesawat yang tidak dikenal pasti melalui ruang udara, tiada komunikasi, atau juga sistem radar BUK mengesan MH 17 sebagai pesawat tentera. Kemudian BUK melepaskan SAM dengan kelulusan pihak tertinggi.
Boeing 777 menggunakan teknologi “digital fly by wire”. Pada Disember 2013 telah diadakan satu persidangan di Amsterdam, Belanda bagaimana seorang “hacker” boleh merampas kapalterbang hanya menggunakan Android.
2 nahas MAS dalam 4 bulan adalah hampir mustahil. Kita perlu kerahkan semua pakar IT tempatan kita untuk mengkaji semula sistem elektronik dan komputer pesawat MAS terutamanya Boeing 777.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan