KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan menyingkirkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel), Prof Datuk Dr Redzuan Othman, memperlihatkan kegagalannya memahami konsep demokrasi.
Ini kerana katanya, ahli akademik itu hanya menjalankan kajiannya dengan telus, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Ini masalahnya bila kerajaan tak faham dengan demokrasi di Malaysia. Prof Redzuan sudah melakukan tugasnya secara profesional.
“Dia taat setia dengan tugas yang diberikan tapi bila dia bertindak telus dengan kajian itu, kerajaan pula tak boleh terima dan pecat beliau.
“Hanya kerana kerajaan tidak boleh membezakan parti dan pemerintah, Prof Redzuan menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Pada 31 Mac lalu, Universiti Malaya (UM) memecat Prof Redzuan dari jawatan Pengarah UMcedel sedangkan tempoh lantikannya tamat hujung tahun ini, iaitu 31 Disember 2014.
Sebelum ini media melaporkan pemecatan tersebut akibat tekanan daripada Putrajaya ekoran kajian yang dibuat UMcedel tidak disenangi mereka kerana didakwa memihak kepada pembangkang.
Menurut Nur Manuty, kerajaan tidak sepatutnya bertindak kejam dengan memecat ahli akademik yang menjalankan kajian mereka dengan profesional.
“Dalam kes Prof Redzuan ini, beliau bertindak telus, hanya menjalankan tugas dan mengeluarkan hasil kajian daripada apa yang diperolehinya, (tapi) terus dipecat, ini tidak adil untuk kita semua,” ujarnya lagi.SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan