SHAH ALAM – Walaupun menghadapi desakan supaya meletak jawatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap menunjukkan kematangan politik sebenar dalam mentadbir Selangor.
Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Abdul Khalid adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.
“Beliau (Khalid) seorang pemimpin yang tahu apa yang dilakukan dan beliau bekerja untuk rakyat. Malahan beliau banyak menyelesaikan banyak isu dan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk isu air.
“Beliau tahu tugasnya sebagai seorang pemimpin dan dia tidak mempolitikkan kehidupan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas mengenai kehadiran Abdul Khalid di sisi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di salah sebuah majlis berbuka puasa Khamis lepas, beliau menyifatkan ia adalah satu langkah bijak yang wajar dicontohi semua pemimpin.

“Ketua yang bertanggungjawab akan mengurus negara dengan baik tanpa perlu bertelagah sesama sendiri apabila melibatkan isu rakyat.
"Abdul Khalid sendiri duduk berkerjsama dengan kerajaan Persekutuan dan mengenepikan ideologi untuk rakyat,” katanya lagi.SH
"Abdul Khalid sendiri duduk berkerjsama dengan kerajaan Persekutuan dan mengenepikan ideologi untuk rakyat,” katanya lagi.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan