Apa sudah jadi dengan juara lima kali Piala Dunia, Brazil apabila sekali lagi tuan rumah menitiskan air mata kekecewaan.
Selepas dimalukan 7-1 oleh Jerman dalam separuh akhir, mereka gagal menebus maruah apabila ditewaskan 3-0 oleh Belanda pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Brasilia di ibu kota negara itu pagi tadi.
Dengan kembalinya kapten mereka Thiago Silva, Jurulatih Brazil, Luis Filipe Scolari membuat keputusan menggantikan Marcelo dengan Maicon bagi memantapkan barisan pertahanan yang dimusnahkan Jerman tiga hari lalu.
Bagaimanapun seolah ada sumpahan, seawal minit ke 2, Silva menarik Arjen Robben sehingga terjatuh di dalam kotak penalti.
Kapten "Oranje" Robin Van Persie dengan tenang menyempurnakan sepakan menewaskan Julio Ceasar yang nyata masih belum pulih dari diaibkan perlawanan lalu.
Brazil bagaimanapun cuba bangkit dengan pengganti bintang mereka Jo bersama trio Chelsea Ramires, Willian dan Oscar mengatur serangan namun hanya mampu mendapat beberapa sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Rombakan besar?
Bagaimanapun malang terus melanda apabila Silva dan rakan karibnya David Luiz seolah hilang punca gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti membolehkan pemain Utiliti Belanda, Daley Blind menjaringkan gol kedua pada minit ke 17.
Belanda dilihat mula memperlahankan rentak selepas itu bagaimanapun masih memberi masalah dengan kelincahan pemain paling laju edisi kali ini Arjen Robben dan Jonathan de Guzman.
Seminit memasuki masa kecederaan, hantaran lintang bek kanan Oranje Daryl Janmaat disempurnakan Georginio Wijnaldum untuk keputusan 3-0.
Prestasi buruk Brazil dalam dua perlawanan terakhir ini mungkin menyebabkan berlaku rombakan besar-besaran dari segi pemilihan pemain dan Scolari, yang pernah memenangi Piala Dunia bersama skuad Samba itu pada 2002 mungkin terpaksa digantikan.
Scolari yang turut membawa Portugal menduduki tempat ke-empat Piala Dunia 2006 dilaporkan menyerahkan kepada lembaga Federasi Bolasepak Brazil mengenai nasibnya selepas ini.
"Saya pernah ke tiga Piala Dunia, dua kali bersama Brazil, dan sekali bersama Portugal, semuanya saya sampai (sekurangnya) di peringkat separuh akhir," kata beliau kepada media semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan