Kadar pembangunan pesat di wilayah Iskandar Malaysia terbukti sukar diikuti orang awam, tetapi antara pelbagai projek yang tumbuh, berdirinya Forest City.
Pulau buatan hampir 2,000 hektar itu, hampir separuh keluasan Putrajaya, akan diwujudkan di barat daya Johor Bahru di Selat Johor, di mana terletaknya jambatan kedua ke Singapura.
Forest City menghiasi dada-dada akhbar dalam minggu-minggu terakhir ini.
Ia antaranya berhubung kerisauan Singapura berhubung sempadan dan kebimbangan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEIA) dan dakwaan potensinya merosakkan pelabuhan Tanjung Pelepas tidak jauh daripada tempat itu.
Projek itu dilaporkan meluas sebagai kerjasama antara pemaju tersohor China dan syarikat milik kerajaan Johor, iaitu Country Garden Holdings yang berpusat di Guangdong di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Untuk menjayakan kerjasama ini, Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd ditubuhkan bagi menjayakan Forest City.
CGPV dikuasai 66 peratus syarikat gergasi China itu melalui anak-anak syarikat berdaftarnya di Malaysia, Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.
Saham kerajaan Johor, atau lebih tepat KPRJ, dipercayai melalui Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mempunyai 34 peratus pegangan dalam CGPV.
Bagaimanapun, penelitian lebih dekat terhadap Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, Malaysiakini mendapati KPRJ hanya mempunyai pegangan tidak seberapa sebanyak 20 peratus dalam syarikat yang sepatutnya mewakili kepentingan satu pertiga kerajaan negeri dalam Forest City.
Usahasama Country Garden-sultan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dinamakan sebagai pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mengawal pegangan 64.4 peratus yang menjadikan usaha sama itu sebenarnya antara Country Garden dan sultan.
Bagaimana rupanya Foresti City kelak, perkara itu masih tidak jelas.
Bagaimanapun Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dilaporkan berkata pada Mei, ia akan meliputi stadium baru berkapasiti 50,000 orang untuk pasukan negeri.
Tekanan muncul selepas Singapura mengadu kepada Putrajaya berhubung kebimbangan projek itu akan menjejaskan kawasan pesisir pandai kota itu, sekali gus memberikan gambaran besar kepada kerajaan persekutuan.
Kerajaan negeri akhirnya mengeluarkan perintah henti kerja untuk aktiviti menambak sementara menunggu DEIA daripada pemaju dan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Anehnya, kerajaan negeri mempertahankan penambakan sebelum itu, tanpa DEIA, dengan menyatakan kerja-kerja menambak hanya meliputi kawasan 49 hektar, satu hektar kurang daripada pensyaratan, dan dilakukan secara berperingkat.
Carian status tanah di PT4071, tempat Forest City akan dibina, yang dilihat Malaysiakini menunjukkan CGPV sudah memiliki 1,978.1 hektar kawasan itu sejak 8 November 2012 dengan cukai tanah RM8.3 juta.
Sultan: Kenapa terhegeh-hegeh?
Isu EIA untuk projek besar di Iskandar Malaysia bukan baru dan sultan Johor pernah bertitah berkaitannya dalam pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 31 Mei lalu.
“Tetapi malangnya, ada pula pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa mereka terhadap EIA sebagai senjata untuk menghalang sesuatu pembangunan yang tidak menguntungkan mereka.
“Contohnya projek pembangunan tanah oleh Syarikat Benelac yang MOU telah ditandatangani 3 tahun lalu dengan disaksikan oleh perdana menteri sendiri, masih tidak mendapat kelulusan EIA sehingga sekarang.
“Mengapa pihak yang terhegeh-hegeh sengaja melambatkan kelulusan tersebut? Tindakan seperti ini akan menghalang pembangunan negeri dan membuatkan pelabur lari ke tempat lain.
“Negeri Johor adalah hak rakyat Johor dan hanya orang Johor yang tahu keadaan dan keperluan untuk negeri Johor. Mengapa ada orang luar cuba campur tangan atau hendak mengajar kita tentang apa yang patut kita buat di negeri kita sendiri? ” titah baginda.
Justeru, sultan Johor bertitah, baginda mahukan agar bidang kuasa penjagaan alam sekitar dibuat sendiri oleh kerajaan negeri kerana ia berkait rapat dengan urusan tanah dan air.
“Satu perbadanan alam sekitar negeri hendaklah diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor sebagaimana yang telah ditubuhkan di negeri Melaka, Sabah dan Sarawak,” menurut teks ucapan itu. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan