SPECIAL ADS

24 Julai 2014

Peneroka buat laporan Polis kerana Felda enggan beri duit raya


KUANTAN: Seramai 20 orang peneroka Felda seluruh Pahang hari ini tampil membuat laporan polis di ibu pejabat polis (IPD) di sini terhadap Felda berikutan keengganan agensi tersebut memberikan duit raya dan dividen Felda Global Ventures (FGV).

Dijangka ramai lagi peneroka akan membuat laporan polis di tempat masing-masing bermula hari ini dan seterusnya.

Difahamkan peneroka felda chini akan membuat laporan polis esok disebabkan hari ini mereka  ada perbicaraan di mahkamah tinggi Kuantan dalam isu perahan

Mereka adalah sebahagian daripada peneroka yang menyaman Felda beramai-ramai dalam isu kadar perahan gred (KPG) dan lain-lain kepincangan kepada komuniti tersebut yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Bagaimanapun pada 6 Julai lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman berhubung dengan pemberian duit raya dan dividen FGV kepada semua peneroka tanpa menyebut siapa yang tidak layak.

Bagi mereka, penafian wang raya kepada mereka itu seolah-olah Felda sudah menjatuhkan hukum mereka bersalah dalam hal menyaman Felda, walhal kes tersebut masih berjalan sehingga boleh mengganggu proses mahkamah.

Seorang peneroka Mohd Shahrul Mohamed dari Felda Gugusan Bera berkata, selepas daripada pengumuman itu beliau berjumpa dengan pengurusan rancangan dan diberi tahu peneroka-peneroka yang mengambil tindakan saman ke atas Felda tidak layak menerima pemberian duit raya dan dividen FGV.

Katanya, nama beliau dan yang terlibat menyaman Felda juga dipamerkan di papan kenyataan pejabat rancangan seolah-olah merupakan satu ugutan ke atas yang terlibat.

“Selain mengganggu proses mahkamah yang sedang berlangsung sekarang, keadaan ini juga telah memberi gambaran negatif masyarakat kepada peneroka-peneroka yang menyertai saman.

“Sedangkan proses saman yang kami buat adalah satu proses menuntut hak dan keadilan yang gagal dilaksanakan oleh Felda dan proses mahkamah ini tidak menyalahi mana-mana undang-undang dan perjanjian.

“Akibat daripada itu kami disindir dan dipersenda masyarakat seolah-olah saya telah melakukan satu jenayah dan menyebabkan saya rasa malu dan tertekan,” tegasnya.
Shahrul berkata, tindakan Felda melabelkan peneroka yang mengambil tindakan saman sebagai berhaluan kiri dan tidak mengenang budi adalah tidak bertanggung jawab dan tidak berintigriti.

Tambahnya, keadaan ini telah menimbulkan prasangka buruk dan persepsi negatif sesama peneroka.
Dalam pada itu Shahrul berkata, tindakan laporan polis tersebut akan diambil tindakan segera oleh peguam supaya Felda menjelaskan pembayaran wang tersebut secepat mungkin.

Peneroka diwakili oleh peguam Harris Abdullah. 
Putera Semantan





KENYATAAN MEDIA NGO ANAK

Pagi ini hampir 50 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan kerana dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Ia sebahagian dari lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sepertimana sepatutnya, meskipun YAB Perdana Menteri dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahwa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Tindakan Felda atas alasan peneroka menyaman Felda atas isu Kadar Perahan (KPG) dan lain2 adalah tidak berasas dan zalim. Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang.

Maka, usaha para peneroka felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar Saguhati Hariraya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya. Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata kata yang amat mengguris perasaan.

Saya telah membuat perbincangan dengan team lawyer ANAK dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda.

Bagi tujuan membantu peneroka mendapatkan wang berkenaan, ANAK menubuhkan satu taskforce diketuai Ust Yohanis Ahmad, Pengerusi Ngo ANAK Pahang, untuk mengumpul semua maklumat peneroka seperti yang dikehendaki peguam. Beliau boleh di hubungi seperti di talian hp 0133039913.

Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada.

MAZLAN ALIMAN
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

Tiada ulasan: