SPECIAL ADS

15 Julai 2014

Kos sara hidup tinggi punca wujudnya miskin kota

KUALA LUMPUR : Kos kehidupan yang mahal di ibu kota ditambah dengan beban kenaikan harga barang punca bertambahnya golongan warga miskin kota di Kuala Lumpur.
Menurut koordinator Dapur Jalanan, Hadi Khalid, isu mengenai warga miskin kota ini telah wujud sejak tahun 60an, namun kini menjadi semakin parah kerana faktor kos kehidupan yang semakin meningkat.
hadiDapur Jalanan merupakan kumpulan kolektif yang dianggotai anak muda, yang melakukan aktiviti berkongsi makanan kepada warga miskin kota dan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

“Kita bantu mereka, buat aktiviti berkongsi makanan. Ini aktiviti untuk orang muda dan ia tak merumitkan bagi kami, kadang-kadang kami berbincang sesama kami untuk cari penyelesaian untuk bantu mereka ini.
“Dari dulu pun warga ini sudah ada, tapi yang jadi bertambah sebab kos sara hidup yang tinggi. Gaji tak cukup, tahun depan ada GST (Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) pula.
“Bayangkan gaji RM600, nak sewa bilik dekal KL sekarang pun lebih mahal. Nak makan lagi dan ini adalah faktor kenapa mereka tinggal di jalanan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Dapur_Jalanan_Kuala_Lumpur-650x400Menurut Hadi, pihaknya sebelum ini ada mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, tetapi tidak mencapai persetujuan yang dikehendaki kerana masalah warga miskin kota ini masih belum ada jalan penyelesaian.
“Kita jumpa pihak Kementerian nak selesaikan isu ini, tapi mereka tak faham masalah yang dihadapi oleh warga ini, mereka asyik tekankan pasal imej kebersihan KL sahaja.
“Kerajaan sepatutnya menyediakan tinggal untuk mereka, kalau tangkap lepas itu letak satu tempat, sampai bila nak buat macam itu, tahun depan pun ada juga nanti dan ini tak aka selesai sampai bila-bila pun,” katanya.
Tambah Hadi lagi, beliau kecewa dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mahu menyingkirkan warga ini malah menghalang NGO seperti Dapur Jalanan daripada terus membuat kebajikan terutama di Bulan Ramadan ini.
“Dia (Ku Nan) tak sepatutnya berkelakuan seperti ini, bulan berkat ini bulan rezeki bagi gelandangan, mereka mendapat makanan serta bantuan daripada banyak NGO.
“Sebelum nak bersih bandar KL, biar dia bersih dulu hati dia, bulan ini orang berebut-rebut untuk membuat amal jariah tapi dia tak begitu,” ujarnya.
Hadi turut menyatakan bahawa pada bulan Ramadan ini aktiviti berkongsi makanan akan dijalankan jam 10 malam setiap hari Sabtu. KD

Tiada ulasan: