SPECIAL ADS

26 Julai 2014

Kontroversi! Azizulhasni Diarah Buka Sarung Tangan ‘Save Gaza’!

Tindakan berani penunggang lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang menggunakan sarung tangan bertulis ‘Save Gaza’ sewaktu beraksi di Sukan Komanwel semalam mengundang rasa tidak senang pada pihak penganjur.

Azizulhasni Awang Save Gaza

Justeru, dia telah diberi amaran dan tidak dibenarkan menggunakan sarung tangan tersebut untuk acara seterusnya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Azizulhasni menerusi akaun Facebooknya.

Azizulhasni Awang Save Gaza [2]

Menurutnya, mesej tersebut hanya luahannya dari segi kemanusiaan dan bukannya berbaur politik.

Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih pada mereka yang menyokong tindakannya dan memohon maaf jika ada pihak yang merasakan perbuatannya itu sebagai satu kesalahan.

Azizulhasni merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke suku akhir acara berbasikal pecut individu lelaki semalam dan berjaya menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketujuh daripada 12 peserta dengan catatan masa 10.158s.-Mynewshub.my

Tiada ulasan: