SPECIAL ADS

22 Julai 2014

Rakyat mahu isu MB Selangor diselesaikan dengan berhemah

Hasil carian imej untuk GAMBAR LAMBANG SELANGOR
SHAH ALAM : Di sebalik keprihatinan rakyat dengan perkembangan tragedi MH17 dan konflik di Gaza, rakyat juga masih sempat meluahkan rasa masing-masing berhubung cadangan menukar Menteri Besar Selangor.
Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati ramai rakyat yang keliru dengan cadangan itu malah ramai juga yang memohon penjelasan lanjut.
Rata-rata rakyat termasuk yang bukan berasal dari Selangor terus menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.
“Mereka perlu menyatakan dimanakah relevannya TSKI harus digantikan dengan calon lain. Sepanjang lebih satu penggal pentadbiran yg diketuai TSKI di Selangor telah menunjukkan banyak peningkatan dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial ke tahap yang amat memberangsangkan.
“Kecemerlangan pentadbiran oleh TSKI dapat diakui meski dari pihak kawan mahupun lawan. Setakat 14 orang Menteri Besar Selangor sebelum ini, TSKI adalah yang paling terbaik tanpa dicemari isu-isu rasuah, kronisme dan sebagainya,” kata Ar May Asyraf.
tski2
“Teruskan bertugas dengan profesional Tan Sri. Kami rakyat Selangor terutama yang di Shah Alam menyokong pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat kerana Allah, bukan kerana parti,” luah Roslina Abdul Rahman.
tski4
“Saya rakyat Perak, tapi dah 12 tahun mencari rezeki di Selangor. Saya nak nyatakan saya bangga, yakin dan sokong pentadbiran dan kepimpinan Tan Sri di Selangor,” kata Noor Halini Baharim.
“Sayangnya dan benar-benar kerugian jika Selangor kehilangan seorang MB yg berkaliber, bijak mengatur kewangan dan ekonomi Negeri Selangor, amanah dan telus. Moga terus dikekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya bukan penduduk Selangor pun tahu menghargai dan kagum akan beliau sementelah rakyat Selangor sendiri,” kata Lina Latip.
tski9
Selain itu, kewibawaan Abdul Khalid juga turut dikagumi dan menerima sokongan mereka yang pro Umno-BN dan yang berada di atas pagar.
“Saya bukan penyokong PR tapi saya kagum dengan kepimpinan Tan Sri selama ini yang lebih mengutamakan rakyat dari kepentingan parti, untuk buat pertukaran dalam masa terdekat ini bukanlah satu pilihan terbaik tetapi sekiranya pertukaran dibuat selepas pilihan raya nanti itu adalah hak parti. Kita tak mahu nanti terjadi sedikit salah paham seperti di Terengganu dulu,” luah Joy Chanis.
tski8
“Walaupun saya pro-kerajaan namun sebagai anak jati Selangor negeri bertuah ini saya cukup berbangga dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan saya berharap Tan Sri akan kekal sebagai MB Selangor. Pentadbiran di bawah Tan Sri terurus dan membangun malah kebajikan rakyat terpelihara, syukur alhamdulilah,” kata Areel Rahman. SK

Tiada ulasan: