SPECIAL ADS

12 Julai 2014

Rakyat beri amaran Pakatan akan ‘diajar’ pada PRU 14 jika tukar MB Selangor

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL
SHAH ALAM : Serangan, desakan dan terbaru fitnah terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletak jawatan sebagai Menteri Besar nyata mencetus kemarahan ramai rakyat Selangor.
Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati rata-rata ramai yang kesal dengan tindakan berkenaan, malah tidak kurang juga yang mengancam untuk menghukum Pakatan Rakyat (PR) kelak.
“Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihanraya nanti.
“Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.
“Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur. Rakyat tidak akan percaya sesiapa pun lagi selepas ini. Kerana bagi rakyat, PR serupa saja dengan Umno-BN,” Kata Posmen Hensem.
Posmen Hensem1
“MB yang begitu baik, Pakatan Rakyat nak ganti. Adakah Pakatan sudah berubah menjadi BN?
“Bertaubatlah, tambahan pula sekarang bulan Ramadan. Kekayaan di dunia tidak dapat dibawa ke akhirat nanti,” komen Yaakob Ali.
amukrakyat2
“Terdesak! Namun kita yakin Abdul Khalid tetap dengan pendirian akan kekal sebagai MB Selangor yang tidak gentar kepada sebarang bentuk provokasi,” kata Zainal Abidin pula.
“Yang nak menjatuhkan Abdul Khalid semua nak senang atas angin, hancurlah kalau diikutkan permintaan dia orang, tak lama Selangor pun hancur.
amukrakyat3
amukrakyat8
“Untung banyak, akhirnya depa sapu. Saya minta biarlah Abdul Khalid teruskan jawatan MB sampai pilihan raya umum 14 (PRU14),” pinta Kamaruzaman Kamarul.
amukrakyat4

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu menerusi Agensi Berita Nasional (Bernama) kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.
berita palsuKesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang semalam menantikan sebarang kemungkinan yang dikhabar akan berlaku.
Bagaimanapun, Bernama melalui laman mikro Twitter memaklumkan pihaknya mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor. SK

Tiada ulasan: