SPECIAL ADS

17 Julai 2014

MH17: Penyerang Keliru dan Silap Sasaran


Berita dari RT NEWS di sini menyebut, sasaran utama mungkin Putin yang baru pulang dari Brazil. Sumber yang tidak dinamakan menyebut pesawat yang dinaiki Putin bersilang pada waktu yang sama dengan MH17. Dengan keaadaan rupa yang hampir sama, mungkin MH17 telah ditembak.

SUMBER INI PALSU?

Jika berita ini benar, maknanya yang menembak itu bukan gerombolan pemisah Ukraine tetapi pihak kerjaan Ukraine sendiri, sahabat US (Before It's News).

SERUPA?


Walau bagaimanapun, RT NEWS juga menyebut Putin sudah lama tidak melalui kawasan berkenaan. Hal ini bukan rahsia kepada Ukraine. Oleh kerana itu silap tembak tidak mungkin berlaku. Itu hanya  dongeng yang sengaja diada-adakan untuk menutup kebenaran:

SUMBER INI BENAR? 


LIDAH rasmi Rusia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moscow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moscow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Rusia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Rusia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.

Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang, katanya.

Tiada ulasan: