SPECIAL ADS

21 Julai 2014

Kejayaan Emir Mavani Terajui FGV Lenyapkan Tanggapan Pengkritik.


Pada awal perlantikan nya sebagai Presiden dan CEO Felda Global Ventures (FGV) setahun lalu, Felda dikritik begitu hebat sehingga Pengerusi nya Tan Sri Isa Samad berpeluh menjawab kesemua serangan dari pelbagai sudut yang tidak berpuas hati kerana konon nya FELDA milik anak melayu dan seharusnya jawatan setinggi CEO dan Presiden diberi kepada anak melayu untuk menjawatnya.

Keadaan bertambah buruk kerana ada pula dalang dari anak FELDA yang dipengaruhi parti pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu perlantikan ini.

Namun lama kelamaan watak yang diberi tugas memikul Felda Global Ventures Holdings Bhd secara dedikasi dan penuh komited telah membuktikan dia mampu menaikan perniagaan FGV ketahap lebih tinggi dan membawa pulangan yang lebih untuk keuntungan FELDA keseluruhannya.


FGV dijangkakan bakal menikmati pertumbuhan dari segi pendapatannya sehingga RM100 billion dalam jangka masa 6 tahun untuk menjadikan FGV sebagai  syarikat yang ke10 teratas dalam bidang agro-business didunia.
 
FGV dibawah pacuan CEO Emir Mavani nampaknya bakal menggandakan pendapatan FGV sehingga 8 kali jika pengstrukturan dalam tranformasi FGV berjaya diterjemahkan dimana ia mampu meraih RM100 billion pada tahun 2020.

Baru setahun sahaja menjawat jawatan yang disandangnya Presiden Kumpulan dan CEO FGV ini sudah mampu meramalkan bahawa keuntungan 8 kali itu bakal meletakkan FGV didalam kedudukan yang kompetitif dipersada dunia.

Pengstrukturan FGV yang membahagikannya sehingga pecahan 6 kluster
termasuk lah R&D, gula , getah dan termasuk jugalah logistik dan pemasaran yang diletakan dibawah (TLMO).
 
Pada 6 kluster ini pula masing masing diletakan landasan tujuan sendiri dan juga KPI masing masing dari segi strategik dan initiatif yang perlu dicapai pada tahun 2020.

Dalam memperkemaskan urusan dalaman FGV Emir juga berjaya didalam urusan mengambilalih hak milik beberapa syarikat luar negara seperti dari Indonesia seperti PT Temenila Agro Abadi, PT Landak Bhakti Pharma dan juga syarikat dalam negara seperti Pontian United Plantation Bhd.

Pada 7 July lepas dilaporkan FGV , Sime Darby Bhd dan sebuah syarikat berpengkalan di Singapura Wilma International Ltd telah di senarai pendek dari sejumlah 7 pembida lain untuk menjadi pembeli potensi 49% dalam syarikat New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) yang kini dipegang oleh Syarikat Kulim dalam satu urusan berjumlah RM3 billion.

Nampak gaya FELDA tidak silap dari segi memilih peneraju FGV nya kerana keberhasilan dari perlantikan itu sudah terlihat dalam masa setahun sahaja perlantikannya. TC

Tiada ulasan: