SPECIAL ADS

25 Julai 2014

Felda tidak boleh tahan dividen, kata NGO


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak boleh memilih dan memutus peneroka untuk menerima dividen kerana undang-undang syarikat di Malaysia menetapkan semua pemegang saham mesti dilayan sama rata, kata NGO Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

"Setiap pemegang saham daripada kelas yang sama perlu dilayan dengan sama rata, termasuk bayaran dengan jumlah yang sama bagi dividen sesaham," Ketua Pegawai Eksekutif MSWG Rita Bushon melalui emel kepada KiniBiz.

"Selagi mereka merupakan pemegang saham yang sah, dividen tidak boleh ditahan," tambahnya.

Beliau mengulas keputusan Lembaga Pengarah Felda bahawa peneroka yang menyaman agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, seorang jurucakap bahagian komunikasi korporat Felda menjelaskan dividen yang tidak diberikan itu adalah dividen dari tabung amanah peneroka.

"Ini bukan kepada pemegang saham berdaftar. Ia adalah daripada tabung amanah peneroka," katanya ketika dihubungi Malaysiakinitengahari ini. 

Tiada ulasan: