SPECIAL ADS

20 Julai 2014

MH17: MEMAHAMI KRISIS UKRAINE-RUSSIA


MH17: MEMAHAMI KRISIS UKRAINE-RUSSIA
MH17: MEMAHAMI KRISIS UKRAINE-RUSSIA | Sejak kejadian pesawat MH17 jatuh terhempas di wilayah Ukraine, ramai yang cuba mencari info dan cuma memahami isu berkaitan Ukraine, puak pro Russia dan Russia sendiri yang terlibat secara tidak langsung didalam krisi tersebut. Ikuti penjelasan dari lanjut tentang sejarah Mat Ropi seterusnya dibawah....


Kita sedia maklum pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di kawasan Timur Ukraine. Kita dikhabarkan ianya dilakukan oleh puak pemisah Russia. Siapakah mereka ini? Bagaimanakan mereka boleh memiliki senjata ‘ground-to-air missile’ yang mampu menembak dengan tepat sebuah pesawat yang terbang selaju 600km pada ketinggian 10km? Apa yang berlaku di antara Ukraine dan Russia?


Krisis ini bermula ada 2013 apabila Presiden Ukraine ketika itu Viktor Yanukovych telah menolak kerjasama jangka maa panjang bersama Kesatuan Eropah dan sebaliknya memilih tawaran pinjaman RM45 billion daripada Russia. Keputusan ini menjadi isu yang kontroversi kerana negara Ukraine secara tradisinya memang berpecah kepada dua golongan iaitu satu pro-EU/US dan satu lagi pro-Russia.

Mereka yang pro-EU telah mencetuskan revolusi Euromaidan- nama yang diberi kerana isunya adalah Euro dan bermula di Dataran Maidan.

Revolusi ini diakhiri dengan lebih 100 orang awam terbunuh, parti pemerintah Ukraine bergabung dengan pembangkang mewujudkan kerajaan campuran dan Presiden Yanukovych melarikan diri ke Russia.

Adakah revolusi ini berakhir begitu sahaja? Jawapannya tidak. Pada hari terakhir rusuhan, Presiden Russia, Vladimir Putin telah secara sistematik mengarahkan tentera Russia mengawal sempadan Russia-Ukraine dan pada masa yang sama menghantar pasukan bersenjata ke Wilayah Crimea untuk mengepung bangunan-bangunan kerajaan seperti balai polis dan lapangan terbang.

Sedikit latar belakang: Crimea adalah wilayah semi-autonomi milik Ukraine tetapi mempunyai majoriti penduduk pro-Rusia dan berasal daripada Russia.

Mengapa Russia mahukan Crimea? Jawapannya terletak pada kedudukan wilayah itu yang begitu strategik bagi Russia menempatkan tentera lautnya di Black Sea.




Selepas ‘mengawal secara paksa’ Wilayah Crimea, satu referendum diadakan di kalangan rakyat Crimea sama ada mereka mahu menyertai Russia atau kekal bersama Ukraine. 97% memilih menyertai Russia. Secara rasminya, Vladimir Putin telah mengisytiharkan Crimea sebagai wilayah Russia.

Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat dan EU telah mengenakan sekatan ekonomi kepada beberapa individu dan syarikat yang berkait rapat dengan Vladimir Putin.

Krisis ini menjadi lebih serius apabila Russia meneruskan operasi ketenteraan sepanjang sempadan di Timur Ukraine. Sebanyak 40,000 tentera dikerahkan ke sana.

Pejuang-pejuang pro-Russia secara ‘tidak rasmi’ telah bertempur dengan pihak ketenteraan Ukraine. Dua hari lepas sebuah pesawat pejuang Ukraine telah ditembak jatuh oleh pihak pemisah Russia. Tetapi kerajaan Ukraine mendakwa pihak pemisah tidak mungkin memiliki senjata secanggih itu. Sebaliknya ini mungkin perbuatan tentera Russia.

Dua hari kemudian, pesawat komersial MAS MH17 telah ditembak jatuh dengan senjata yang sama.

Kita tidak pasti siapa yang lakukan- sama ada pihak pemisah atau tentera negara Ukraine atau Russia. Yang pasti 295 penumpang MH17 yang tidak berdosa telah menjadi mangsa daripada krisis kedua-dua negara ini.

http://kezoom.blogspot.com

Tiada ulasan: