SPECIAL ADS

9 Mac 2013

Rakyat Selangor Gembira Dibawah Kerajaan PR



Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 05
SHAH ALAM 9 MAC : Rakyat Selangor rata-rata yang ditemui gembira dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak membawa perubahan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 03Seorang surirumah, Jamaliah Ismail, 61, berkata, ternyata Kerajaan Negeri PR menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) begitu berjaya dalam pentadbirannya dan kebajikan rakyat terbela.
“Dulu orang meninggal tak dapat duit tapi sekarang kita dapat duit. Dapat duit pun dari sumber yang kita tahu.
“Sumber dari industri pasir yang dulu dikatakan tidak menguntungkan maka sekarang menguntungkan. Yang kita tahu sumber dari industri pasir itulah sebahagian sumber bagi membayar kematian.
“Dari segi sistem pentadbiran alhamdullillah. Ustaz-ustaz pun kata Shah Alam ni gedung ilmu,” katanya kepada TVSelangor.
Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 02Muhamad Amzar, 23, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan Kerajaan Negeri PR berjaya mentadbir Selangor dengan baik serta aman harmoni.
Katanya, sambutan ulangtahun kelima pentadbiran Kerajaan Negeri dengan mengadakan forum agama patut dipuji kerana majlis ilmu sebegitu akan membentuk masyarakat berilmu di Selangor dan seterusnya Malaysia.
“Dengan adanya majlis ilmu seperti ini memberi kesan kepada rakyat terutama golongan muda serta memberi semangat untuk terus menimba ilmu,” ujarnya.
Pendapatnya disokong seorang lagi pelajar UiTM, Muhammad Hamzah, 23, yang menyatakan dia menerima sumbangan RM1,000 menerusi program “Anak Masuk Universiti” dari Kerajaan Negeri.
Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 04“Saya gembira dengan apa diperoleh. Banyak manfaat disediakan Kerajaan Negeri.
“Majlis ilmu sekarang banyak diadakan dan ini baik untuk masyarakat.,” katanya di majlis sambutan ulangtahun kelima pentadbiran Kerajaan Negeri PR di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.
Guru Agama, Mohd Khairi Abdullah, 45, berkata, perkembangan agama Islam di Selangor menampakkan kesan positif kerana program keagamaan semakin rancak diadakan dalam tempoh beberapa tahun ini.
“Kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri menjadi bukti bahawa apa dilakukan berada pada landasan tepat.
“Kerjasama golongan agama seperti ulamak dan umarak menjadikan pentadbiran negeri lebih bagus dan berkualiti,” tegasnya.
Sementara itu, mengulas dakwaan tawaran pengambilalihan air oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad(KDEB) tidak lengkap.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran yang kita beri itu dikatakan tidak lengkap sebab kita tawar RM9.65 bilion, tidak lengkap boleh jadi dia hendak lebih mahal lagi.
“Itu dipanggil taktik rundingan!,” katanya.
Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 06